32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Sentiasa Mendoakan Yang Terbaik Untuk Hafiz Suip’ – Adira Suhaimi

    Shopee Sale

    Penyanyi, Adira Suhaimi menzahirkan rasa simpati kepada rakan seindustri, Hafiz Suip, yang baru-baru ini berdepan dugaan berat apabila rumah tangganya berakhir dengan perceraian.

    AArtikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai Pada Mei Lalu, Serah Hak Penjagaan Kedua Anak Kepada Bekas Isteri

    Teruskan berkarya

    Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 33, berkata, dia percaya Hafiz seorang yang kuat dan mampu mengharungi ujian tersebut dengan tabah.

    Saya dan kita semua tidak berada di tempat dia. Apa yang kita boleh lakukan hanyalah terus mendoakan agar dia diberi kekuatan untuk melalui hari-hari mendatang. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Hafiz.

    Adira berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Festival Tentang Cinta, baru-baru ini.

    Adira yang pernah bergandingan dengan Hafiz menerusi lagu duet ikonik Ombak Rindu, turut berharap penyanyi kelahiran Sarawak itu tidak berhenti menyanyi dan terus aktif berkarya.

    Saya harap dia tidak berhenti menyanyi. Bakat yang dia ada bukan calang-calang, bakatnya besar dan tidak semua orang dikurniakan suara seperti dia.

    Buka sahaja mulut, memang sedap. Saya juga difahamkan dia bakal mengadakan konsert, insya-Allah semoga segalanya dipermudahkan dan terus sukses.

    Untuk rekod, Hafiz atau nama penuhnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, sah bercerai dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lalu. 

    MENARIK:  Rozita Che Wan Pesan Wanita Kena Ada Sifat Malu untuk Elak Diganggu Lelaki Gatal

    Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhamamd Alkaf Zayne, 5 tahun.

    The post ‘Saya Sentiasa Mendoakan Yang Terbaik Untuk Hafiz Suip’ – Adira Suhaimi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah