Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurulhidayah, berkongsi pengalaman hidupnya yang penuh liku apabila bergelar janda pada usia 26 tahun.
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Benar Ahmad Zahid Lantik Sebagai Pengerusi MQ Tech Selepas Jadi TPM’ – Nurulhidayah
Artikel Berkaitan: ‘Kita Pernah Gemuk..’ – Berat Badan Cecah 100kg, Nurul Zahid Mengaku Buat Pembedahan Potong Usus
Besarkan dua orang anak

Menerusi satu hantaran di Threads, Nurulhidayah berkongsi bahawa dia mendirikan rumah tangga semula pada usia 29 tahun sebagai janda dengan seorang anak, sebelum menghadapi dugaan menjadi balu pada usia 38 tahun selepas kehilangan suami dan membesarkan dua orang anaknya.
Saya pernah merasa menjadi janda pada usia 26 tahun.
Kemudian, saya berkahwin semula pada usia 29 tahun sebagai ibu kepada seorang anak.
Tetapi, pada usia 38 tahun pula saya diuji lagi sekali dan menjadi balu dengan dua orang anak.
Serahkan kepada Allah

Menurutnya, pada usia 39 tahun, dia bertemu jodoh dan berkahwin dengan seorang lelaki yang menerima ketiga-tiga anaknya daripada dua perkahwinan terdahulu.
Pada usia 39 tahun, saya dipertemukan jodoh dan berkahwin dengan seorang lelaki yang menerima saya bersama tiga orang anak daripada dua perkahwinan terdahulu.
Ujar Nurulhidayah lagi, dia menyerahkan sepenuhnya segala urusan hidup kepada Allah dan bersyukur dikurniakan kebahagiaan, walaupun menyedari ia hanyalah pinjaman.
Allah Maha Baik.
Dalam soal kehidupan, saya serahkan sepenuhnya kepada Allah, bukan manusia.
Alhamdulillah, Allah mengurniakan kebahagiaan, walaupun saya sedar ianya hanyalah pinjaman sementara.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Pernah Rasa Jadi Janda Pada Usia 26 Tahun, Tapi Saya Serahkan Sepenuhnya Pada Allah Bukan Manusia’ – Nurulhidayah first appeared on OHBULAN!.





