
Usahawan dan pemilik jenama Elrah, El Azman mengakui namanya sedikit terjejas susulan isu didakwa meniru rekaan samping dan baju jenama pakaian lain.
Capai sasaran jualan

Menurut El atau nama sebenar Mohd Himi Che Azman, 37, bagaimanapun kontroversi tersebut tidak menjejaskan jualan produk miliknya, sebaliknya menepati sasaran jualan tahun 2025 iaitu RM250 juta.
Dalam dunia bisnes, bila kita besar, kita akan diuji. Tuduhan plagiat boleh merosakkan reputasi jika tidak ditangani dengan baik.
Tapi satu benda yang orang tak boleh plagiat adalah jiwa jenama. Rekaan boleh ditiru, warna boleh disalin, tapi nilai, kepercayaan pelanggan membezakan yang asli dan yang tiruan.
Namun selepas perkara itu tular, tak menjejaskan jualan kami. Sebaliknya jualan kami meningkat naik. Alhamdulillah syukur meski pun di hujung Ramadan ini.
Alhamdulillah, tahun ini juga target jualan RM250 juta berjaya dicapai.
Hasil usaha berterusan

Tutur El lagi, peningkatan jualan bukan disebabkan kontroversi yang melanda, namun adalah hasil usahanya menjadikan barisan artis tempatan selain jaguh Muay Thai iaitu Rodtang dan Tawanchay sebagai duta produk.
Dengan pengambilan Roadtang dan Tawanchay, membuatkan lebih ramai mengenali jenama kami ini. Pengambilan mereka (sebagai duta) memberi kesan baik kepada jenama Elrah.
Angka RM25o juta bukan datang semalaman. Itu adalah hasil dari bertahun-tahun usaha tanpa henti, eksperimen strategi dan keberanian untuk berubah mengikut arus pasaran.
Untuk pengetahuan, jualan di Thailand sangat meningkat iaitu kepada RM70 juta. Malah pengaruh Aisar Khaled dan Fadhli di Indonesia juga meningkatkan jualan di negara sana.
Terdahulu, pempengaruh Tyra Kamaruzzaman mendakwa rekaan kain samping yang dikeluarkan oleh suaminya, Emran Rijal diciplak oleh sebuah jenaman baju Melayu terkenal.
Susulan dakwaan itu, pemilik Elrah tampil memberikan penjelasan dengan mengatakan dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh.
Menerusi kenyataan sama, El berkata dia bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan plagiarism itu merosakkan reputasi jenama keluarannya.





