Penyanyi Amira Othman tampil tenang mengulas spekulasi kehamilan yang kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: Bell Ngasri Jadi ‘Budak Nakal’, Usik Fattah Amin & Amira Othman Baca Skrip – ‘Sejak Kahwin, Dah Kurang Campur Orang’
Artikel Berkaitan: Amira Othman Tak Ambil Hati Dikutuk – ‘Saya Abaikan, Mereka Kena Cari Di Padang Mahsyar’
Akan dikongsikan

Menurut Amira, 33, atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, dia kekal dengan pendirian sama dan memilih untuk berkongsi sebarang khabar gembira hanya apabila tiba masa yang dirasakan sesuai.
Sebelum kahwin orang tanya pasal kahwin, dah kahwin orang tanya pasal mengandung. Kalau ada waktu bersesuaian pasti saya akan kongsikan. Saya mohon sedikit privasi dan ruang.
Saya minta doa baik-baik daripada semua peminat dan pengikut.
Insya-Allah benda baik kita kongsi tapi pastinya kita juga perlukan ruang dan kehidupan seperti orang lain. Tapi tiba masanya saya akan kongsikan.
Meskipun menjadi ‘public figure’ kita pun ada kehidupan macam orang lain juga.
Amira berkata demikian ketika majlis pelancaran Amber 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Tidak penat untuk jawab soalan yang sama

Mengulas lanjut, pelantun lagu Hati-Hati itu menegaskan dia tidak mengambil pusing meskipun soalan sama terus berulang, memandangkan perkara tersebut adalah sebahagian daripada realiti sebagai figura awam.
Bagi saya tak bolehlah nak penat sebab ini memang lumrah sebagai ‘public figure’. Kadang-kadang soalan saya dah jawab pun akan ditanya lagi.
Sama macam kita buat siaran langsung TikTok walaupun dah jawab akan tanya lagi soalan yang sama.
Bagi saya itu biasa, kalau kita tak nak orang tanya soalan begini mungkin kita tak patut berada dalam industri.
Sebelum ini, tular spekulasi mendakwa Amira yang juga isteri kepada pelakon Fattah Amin sedang hamil selepas beberapa video memaparkan kelihatan ‘baby bump’.
Selain itu, khabar angin turut tercetus apabila Amira dimasukkan ke hospital serta tidak dapat mengiringi suaminya ke Seoul atas faktor kesihatan, sekali gus mengundang pelbagai andaian daripada netizen.
Untuk rekod, Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu, bersempena ulang tahun ke-35 pelakon filem Pendekar Awang itu.
The post ‘Saya Mohon Privasi & Ruang, Tiba Masa Akan Dikongsikan’ – Amira Othman Jawab Dakwaan Hamil first appeared on OHBULAN!.





