28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DUDUK PLAYGROUND Buat Event Paling Fun Bulan Jun Ni! Ada Game, Port Makan Best & OOTD Cun!

    Shopee Sale

    Bosan weekend tak tahu nak buat apa? Chill, sebab festival paling hype tahun ni tengah on the way! DUDUK PLAYGROUND is coming guys! Bukan event biasa-biasa tau, tampil dengan skala besar, aktiviti paling gempak dan pengalaman baru yang tak pernah korang rasa sebelum ni, confirm buat korang lepak lama kat Ardence Labs @ Eco Ardence.

    Dengan gabungan fun, food, fashion & full-on vibes, event ni bakal gegarkan Ardence Labs @ Eco Ardence dua weekend berturut-turut. Jom tengok kenapa ramai dah standby nak turun ramai-ramai!

    1. Active Club House- Ada sukan pickleball yang tengah viral!

    Kalau korang jenis yang suka cuba benda baru, pickleball ni memang wajib try! Sukan ni tengah trending gila kat luar negara dan sekarang korang boleh rasa sendiri pengalaman main kat DUDUK PLAYGROUND. Tak kisah beginner atau pro, semua boleh masuk gelanggang dan smash it out!

    Pickleball ni gabungan antara tenis, badminton dan ping pong. Nampak je macam pelik, tapi serious fun! Aktiviti ni bukan je boleh buat korang peluh, tapi juga jadi cara best nak kenal orang baru dan cabar member. Siapa tahu, korang pulak yang jadi juara pickleball DUDUK PLAYGROUND nanti?

    Dekat DUDUK PLAYGROUND, fun memang non-stop! Selain Pickleball Pop-Up yang tengah hype tu, korang juga boleh try Boling Padang, duduk Toss, Padang Kroket & Ping Pong Komuniti – confirm berpeluh sambil enjoy! Jangan lupa join speed meet-up session jugak – boleh tambah kawan baru sambil gelak-gelak main game.

    Nak main pickleball klik sini 👉

    Nak Lagi Best? duduk Experience Card jawapannya! Bila korang sampai, terus je ambil duduk Experience Card masa daftar. Kad ni bukan biasa-biasa – korang boleh kumpul cop, join cabaran, dan unlock pelbagai rewards* best!

    Snap gambar kat retro bus, share kat IG Story dan tag @DUDUKPLAYGROUND – lepas tu tunjuk je post tu kat kaunter gift, terus boleh redeem hadiah misteri*! Nak lagi? Join 4 aktiviti aktif (Boling Padang, duduk Toss, Padang Kroket & Ping Pong Komuniti) dan kumpul 4 cop kat kad, korang boleh lagi claim hadiah misteri* lain pulak!

    Paling syok, isi survey pendek je pun korang terus masuk cabutan bertuah* dan pemenang akan diumumkan lepas event – so jangan lupa follow socmed DUDUK PLAYGROUND.

    Senang gila kan? Snap, main, isi survey… dan balik dengan hadiah!* Nak all-out enjoy DUDUK PLAYGROUND? Kad ni la kunci dia!

    Jangan lepaskan peluang untuk duduk Hour!!

    Bila malam makin rancak, DUDUK PLAYGROUND ada satu lagi surprise untuk korang iaitu duduk Hour! Bersedia untuk sesi paling spontaneous dan kelakar dengan mini-games interaktif, termasuk game ala musical chair tapi ada twist yang confirm buat korang tak duduk diam!

    Ada vibe fun, ada gelak sakan, dan yang paling best ada peluang menang hadiah special yang limited* untuk korang yang join. So jangan balik awal, sebab waktu ni memang paling happening!

    2. duduk Gaya & Kolaborasi Fesyen x Neucover- Selain itu, mereka bawakan secret fashion collabs yang penuh surprise!

    Nak datang dengan outfit biasa-biasa? No way. DUDUK PLAYGROUND bawa elemen fashion ke next level dengan secret fashion collabs bersama Neucover X duduk yang confirm buat korang rasa nak shopping on the spot. Korang tak tahu apa yang bakal keluar, tu yang buat dia lagi rare!

    Dari streetwear hingga rekaan penuh identiti tempatan, korang memang patut tengok sendiri. Mana tahu nanti jumpa jenama baru yang terus jadi kegemaran? So, readykan OOTD paling cun, support local dan jangan malu-malu nak bergaya habis sepanjang event nanti!

    MENARIK:  Sharifah Rose Pernah ‘Koyak’ Emosi, Pesan Nak Jadi Pempengaruh Kena Jiwa Kental

    3. duduk Mobile – Bas retro & hadiah misteri*

    Kalau tak tahu nak cari tempat OOTD tapi tak tahu kat mana spot korang nak posing? OOTD Naik je bas retro duduk Mobile, bergambar puas-puas, pastu share kat IG Story dan boleh redeem hadiah misteri*!

    Confirm content korang meletop wehhh!

    4. duduk Shop & Bengkel DIY

    Nak cari barang lifestyle rare atau handmade? duduk Shop menghimpunkan vendor-vendor tempatan yang penuh dengan barang cool.

    Nak lagi best, join je bengkel DIY dan korang boleh hasilkan sendiri item personal untuk dibawa balik. Unique gila!

    5. duduk Makanan + Bengkel -Taste Boom! Makan puas hati dengan makanan lokal & kreatif

    Festival tak sah kalau perut kosong, betul tak? duduk Makanan akan penuh dengan vendor makanan lokal yang serve dari makanan comfort sampailah ke snek yang buat korang craving.

    Bukan tu je, ada juga ruang santai untuk korang lepak sambil makan. Dan kalau nasib korang baik, korang boleh join game bertema makanan. Menarik!

    6. Vespa & iCAUR Test Ride & Test Drive untuk peminat Vespa dan EV

    Nikmati Nikmati pengalaman eksklusif bersama dua jenama penuh gaya! Vespa dan iCAUR di DUDUK PLAYGROUND!

    Jelajah Vespa
     Suka motor bergaya dan ikonik? Inilah peluang untuk merasai sendiri pengalaman menunggang Vespa. Naik sekali pun dah cukup buat korang rasa ‘vibe’ Itali yang classy dan fun!

    iCAUR Showcase
     Nak tahu bagaimana rupa masa depan automotif? Jangan lepaskan peluang untuk melihat dan nikmati sendiri memandu kenderaan elektrik dari jenama iCAUR yang bergaya, moden dan mesra alam.

    Jom singgah dan alami gabungan gaya dan teknologi hanya di DUDUK PLAYGROUND!

    7. Carpool Paling BEST – Jimat dan dapat diskaun*

    Ha! Nak pergi sini senang je! Kalau korang plan nak datang beramai-ramai, carpool lah dengan geng korang, bukan je boleh jimat minyak dan elak sesak, tapi boleh dapat diskaun* menarik bila guna Grab weh!

    Gunakan kod promo* DUDUK2255 semasa buat tempahan ke Jaya Grocer @ Eco Ardence dan korang dapat diskaun khas semasa carpool. Best kan?

    Celebrate memories & community dalam satu tempat!

    Ha! Festival ni bukan je untuk hiburan, tapi tempat yang celebrate semua bangsa, gaya hidup dan minat rakyat Malaysia. Dengan vibe yang ceria, makanan lokal yang buat tekak craving serta ruang lepak yang selesa, memang ngam untuk korang connect dengan strangers yang mungkin jadi kawan baru. Korang juga boleh bawa furry friend korang untuk sama sama memeriahkan event ni.

    DUDUK PLAYGROUND bukan je penuh aktiviti, tetapi ia juga menawarkan pengalaman moden dan bergaya serta dapat membina komuniti yang hidup dan berkembang.

    Tunggu apa lagi? Jom datang beramai-ramai dan raikan suasana yang penuh meriah disana!

    Untuk info lanjut dan update terkini, follow DUDUK PLAYGROUND di Instagram, Facebook dan TikTok. Jangan lupa, DUDUK PLAYGROUND akan berlangsung pada 7 & 8 dan 14 & 15 Jun 2025, dari jam 4 petang sampai 11 malam di Ardence Labs @ Eco Ardence.

    Daftar awal sekarang di dan berpeluang untuk dapatkan hadiah misteri* percuma.** Oh ya, masuk PERCUMA tau, so ajak semua sekali datang!

    *Tertakluk kepada terma dan syarat
    **Siapa cepat, dia dapat –  kuantiti terhad setiap hari

    The post DUDUK PLAYGROUND Buat Event Paling Fun Bulan Jun Ni! Ada Game, Port Makan Best & OOTD Cun! first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah