33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Minta Maaf, Saya Menulis Dalam Keadaan Emosi Sebagai Ahli Keluarga Yang Berdepan Ujian’ – Adik Da’i Syed

    Shopee Sale

    Penyanyi Iqbal Jamalulleil iaitu adik kepada pendakwah selebriti Da’i Syed tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Selepas Peristiwa Ogos 2024, Dia Solat Di Awal Waktu, Buat Amalan Setiap Hari & Tak Henti Minta Keampunan Allah’ – Adik Da’i Syed

    Artikel Berkaitan: Da’i Syed Menangis, Hukuman Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Berkuat Kuasa Serta-Merta

    Penjelasan Syed Iqbal

    Menerusi hantaran di Instagram, Iqbal menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini ditulis ketika dia dalam keadaan beremosi.

    Saya ingin memohon maaf secara terbuka atas hantaran saya sebelum ini.

    Saya sedar tulisan tersebut telah menimbulkan kemarahan, salah faham, dan melukakan perasaan banyak pihak. Itu bukan niat saya. 

    Saya menullis dalam keadaan emosi sebagai seorang ahli keluarga yang sedang berdepan ujian besar.

    Tegasnya lagi, hantaran itu juga bukannya bertujuan untuk mempertahankan abangnya atau menghalalkan perbuatan yang salah. 

    Sebaliknya ia adalah sekadar luahan hati sebagai ahli keluarga yang ditimpa ujian.

    Saya ingin jelaskan dengan tegas bahawa saya tidak menyebelahi, tidak mempertahankan, dan tidak meremehkan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral.

    Hantaran tersebut hanya berkisar tentang apa yang saya lihat dari sudut peribadi dan proses muhasabah diri, bukan untuk membenarkan apa-apa perbuatan, dan bukan untuk menafikan kesakitan mana-mana pihak.

    Minta netizen henti kecam

    Langkah ini diambil susulan reaksi negatif netizen yang menyifatkan perkongsian itu tidak sensitif terhadap perasaan mangsa dan keluarga terlibat.

    Dalam pada itu, Iqbal mengakui akan kesalahannya dan menyesal namun dia berharap agar orang ramai berhenti mengecam ahli keluarganya yang lain.

    Saya mengambil tanggungjawab penuh bahawa perkongsian itu tidak wajar dibuat di ruang awam, dan saya benar-benar menyesal atasnya.

    Saya juga merayu agar hentikan serangan, ugutan, dan penyebaran terhadap diri saya, orang terdekat, rakan-rakan, dan keluarga kami.

    Mereka tidak terlibat dalam apa yang berlaku dan tidak wajar menanggung kebencian ini.

    Buat masa ini, saya memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan segala urusan kepada saluran yang sepatutnya. Terima kasih kepada semua yang masih menjaga adab dan kemanusiaan.

    Sebelum ini, Iqbal telah menceritakan perubahan karakter abangya di mana Da’i Syed kini lebih menjaga hubungan dengan Allah sejak peristiwa Ogos 2024.

    MENARIK:  Adira Nafi Bersekedudukan Dengan Bekas Suami – ‘Jangan Risau Rumah Saya Ada Ramai Orang’

    Da’i Syed dikatakan menjaga solat di awal waktu, suka bersedekah dan tidak putus melakukan amalan harian demi memohon keampunan daripada Allah SWT. 

    Bagaimanapun, netizen berpendapat hantaran itu tidak sesuai dikongsikan kerana kes tersebut masih meninggalkan kesan mendalam kepada pihak yang terkesan.

    Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

    Da’i Syed kekal berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan seperti mana yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.

    Sumber: Instagram Iqbal Jamalulleil

    The post ‘Saya Minta Maaf, Saya Menulis Dalam Keadaan Emosi Sebagai Ahli Keluarga Yang Berdepan Ujian’ – Adik Da’i Syed first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah