Guru tari profesional, Linda Jasmine Hashim tampil memberi respon berkenaan saranan yang memintanya untuk kembali rujuk dengan bekas suaminya, Que Haidar.
Artikel Berkaitan: ‘Tanya Dia Dulu’ – Peminat ‘Throwback’ Que Haidar Suruh Minta Izin Linda Jasmine Sebelum Bergambar
Artikel Berkaitan: Individu Imbas Kembali Kesungguhan Que Haidar Bantu Rakyat Palestin – ‘Dia Live Setiap Malam Hingga Pagi Untuk Bantu Dana’
Respons Linda & Ratu

Menerusi satu komen di TikTok, seorang individu berharap agar Linda terbuka hati untuk bersatu kembali dengan Que, sama seperti apa yang diajarkan dalam Islam iaitu menjaga hubungan.
Lebih baik kamu berdua berkahwin semula. Allah melindungi kamu daripada perkara yang jahat, kemudian bersatu kembali.
Dan sentiasalah mengikuti apa yang Allah SWT telah sebutkan dalam Al-Quran dan hadis daripada Nabi Muhammad SAW.
Komen tersebut menarik perhatian Linda, lalu dia memberikan jawapan ringkas.
Ya, I am protecting them from evil (saya melindungi mereka daripada kejahatan).
Sebab itu saya ceraikan dia #ytjt.
Manakala, anak Linda iaitu Tengku Ratu turut memberi respons terhadap cadangan individu tersebut, yang seolah-olah memberi bayangan ibu bapanya tidak akan kembali bersatu.
Terima kasih banyak atas keprihatinan awak, tapi awak tak tahu apa yang telah berlaku di belakang tabir.
Imbas kembali, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.
Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: TikTok
The post ‘Saya Melindungi Mereka Daripada Kejahatan’ – Respon Linda Jasmine Selepas Netizen Saran Kembali Bersama Dengan Que Haidar first appeared on OHBULAN!.





