29.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Mahu Habiskan Seluruh Hidup Bersama Seseorang Yang Memahami & Mempercayai Saya’ – Taecyeon Umum Bakal Berkahwin

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Ok Taecyeon mengumumkan berita gembira bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

    Artikel Berkaitan: [FOTO] Ini Wajah Idol Kpop Kesayangan Korang Dahulu VS Sekarang..Rupanya Memang Cantik Sejak Lahir!

    Artikel Berkaitan: Coca Cola Tawar Peluang Menangi Pengalaman K-POP Epik di Korea Selatan. Kpopers Wajib Join!

    Taecyeon bakal bergelar suami

    Menerusi kenyataan agensi Taecyeon iaitu 51K, perkahwinan pasangan itu bakal diadakan secara tertutup pada musim bunga tahun hadapan dengan kehadiran keluarga, saudara-mara dan rakan terdekat sahaja.

    Pelakon Ok Taecyeon telah berjanji untuk menghabiskan seluruh hidupnya bersama pasangannya yang telah lama dikenalinya.

    Difahamkan, berita gembira itu diumumkan selepas timbul desas-desus mengenai pertunangan mereka, apabila Taecyeon dilihat melamar kekasihnya di Paris awal tahun ini.

    Soompi turut melaporkan bahawa selepas berkahwin, Taecyeon tetap akan meneruskan kariernya dalam bidang lakonan dan projek seni lain.

    Surat terbuka buat peminat

    Susulan daripada pengumuman tersebut, pelakon drama Vicenzo ini berkongsi surat terbuka di Instagram sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kariernya.

    Saya telah berjanji untuk menghabiskan seluruh hidup saya bersama seseorang yang telah lama memahami dan mempercayai saya.

    Kami berdua akan menempuh perjalanan hidup ini bersama-sama, saling menjadi tiang sokongan antara satu sama lain.

    Dalam pada itu Taecyeon akui bahawa sokongan tanpa henti daripada peminat telah menjadi sumber kekuatan sepanjang dirinya bergelar anak seni.

    Saya amat berterima kasih kepada semua yang telah menyokong saya dengan hati yang tidak pernah berubah, menjadikan saya seperti siapa saya hari ini. Anda tidak tahu betapa besar kekuatan yang saya peroleh daripada kasih dan sokongan anda semua.

    Saya akan terus berusaha sebaik mungkin untuk membalas kasih sayang dan kepercayaan itu sebagai ahli 2PM, sebagai pelakon dan sebagai Taecyeon anda semua.

    Sumber: Soompi

    MENARIK:  [VIDEO] Masak Empat Juadah, Sheila Rusly Berbuka ‘Air Tangan’ Bakal Menantu – ‘Kurang Sakit Pinggang Hari Ini’

    The post ‘Saya Mahu Habiskan Seluruh Hidup Bersama Seseorang Yang Memahami & Mempercayai Saya’ – Taecyeon Umum Bakal Berkahwin first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah