Pelakon dan penyanyi popular, Fazura menjawab pertanyaan netizen mengenai hubungannya dengan rakan-rakan lama yang dikatakan semakin renggang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Trauma Dengan Manusia Luarannya Baik, Pijak Semut Tak Mati Tapi Sebenarnya..’ – Fazura
Artikel Berkaitan: Fazura Semakin Bersikap Terbuka Selepas Kerap Buat ‘Live’ – ‘Dulu Saya Sangat Privasi’
‘Tak ada manusia nak hilang kawan’

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, mengakui bahawa secara peribadi dia tidak pernah menginginkan perbalahan atau kehilangan kawan.
Namun dalam hubungan sesama manusia tidak semua yang diharapkan kekal indah.
Apa yang saya boleh cakap, tak ada manusia pun dalam dunia ni nak hilang kawan. Macam siapa yang mengenali saya, saya memang suka suasana beramai-ramai, tengok kawan-kawan berkumpul dan bergelak ketawa dan sebagainya.
Tak ada orang berkawan untuk bergaduh. Semua nak berkawan sampai bila-bila tapi kita tak tahu hati orang. Mungkin ada yang Allah nak tunjukkan sesuatu.
Fazura juga mengakui dirinya bukanlah seorang insan sempurna, tetapi sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada individu berniat tidak baik.
Saya bukanlah orang yang sempurna, masing-masing ada kelemahan dan silap sendiri. Tapi saya selalu doa Allah lindungi kita daripada manusia berniat tidak baik, berhawa nafsu syaitan, hasad dengki atau tak ikhlas. Itu doa untuk diri kita.
Malah Fazura yakin dan percaya bahawa Allah memakbulkan doanya dengan membuatkan ada individu yang memilih untuk menjauh.
Bagi saya siapa yang menjauh itu ternyata adalah doa-doa saya yang Allah makbulkan. Sebelum ini saya terfikir juga bila terjadi tu apa salah saya, tapi kita kena ingat balik doa-doa kita pada Allah.
‘Ada jugalah banyak pengkhianatan’

Meskipun dirinya sentiasa ada untuk rakan-rakan, Fazura akui agak kecewa dan terkilan apabila ada sahabat menghilang saat dirinya berada pada titik terendah.
Sejujurnya saya seorang kawan yang sentiasa menyokong. Saya akan buat apa saja untuk mereka.
Kalau kawan-kawan saya kena dianiaya, orang buat kawan saya sedih ke, saya akan jadi orang pertama yang akan mempertahankan mereka.
Tapi di saat titik terendah saya selama sembilan bulan ini terutamanya bulan terawal bila berlaku pada diri saya, mereka (kawan) hilang.
Siapa yang saya sokong, saya selalu ada untuk mereka dan sayang macam adik sendiri pun tak ada yang mencari saya. Sepatutnya mereka inilah yang sentiasa ada untuk saya kan, tapi itulah semua lari tak ada.
Dalam pada itu, Fazura tidak menafikan pernah wujud pengkhianatan dalam hubungan persahabatannya dan disebabkan itu, dia kini lebih berhati-hati dalam memilih kawan.
Ada jugalah banyak pengkhianatan. Sudah tentu sebagai manusia biasa saya sedih dan kecewa tetapi saya percaya itu semua adalah kerana doa-doa saya yang dimakbulkan oleh Allah.
Mungkin mereka bukanlah yang terbaik untuk saya. Saya memang kecilkan circle kawan, siapa yang ada sekarang memang susah senang sama-sama.
Video
Sumber: TikTok
The post ‘Saya Doa Supaya Dilindungi Daripada Manusia Berhawa Nafsu Syaitan & Allah Kabulkan’ – Fazura first appeared on OHBULAN!.





