Konflik rumah tangga pelawak dan pengacara, Shuk Sahar masih lagi berterusan apabila isterinya, Fara Salleh tidak berdiam diri dengan mengeluarkan kenyataan balas terhadap dakwaannya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Berdiam Diri Kerana Mahu Selesai Secara Tertutup – ‘Perkara Ini Sudah Melampaui Batas’
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Dakwa Shuk & ‘Family’ Abaikan Panggilan Telefon Mahkamah – ‘Jahatnya Keluarga Ini’
Kenyataan balas

Menerusi muat naik di Instagram, Fara menjelaskan butiran kenyataan Shuk yang menyatakan dia mengeluarkan kata-kata yang berunsur fitnah dan tidak berasas kepada dirinya.
Kenyataan fitnah? Kenapa tidak hadir mahkamah pertama sedangkan dah diberitahu? Bahagian mana yang berunsur jahat?
Berterusan? Ada ambil tindakan dan tanggungjawab? Guna orang ketiga hasil masih sama, tetap tidak mahu beri kerjasama.
Kalau secara peribadi pun tidak mahu beri kerjasama sama dengan ahli keluarga. Bahagian mana yang saya sentuh anak awak?
Dah memang kena buat pengesahan pernikahan dan pengesahan perceraian untuk surat beranak, bahagian mana yang nak diputuskan mahkamah kalau awak tidak hadir?
Malah Fara menegaskan dia berkongsi secara umum mengenai masalah mereka kerana tiada kata sepakat yang diberikan oleh Shuk.
Malukan diri sendiri

Kata Fara, Shuk hanya memalukan diri sendiri kerana mengeluarkan kenyataan tanpa bukti yang kukuh.
Dalam pada itu, Fara berkata dia tidak gentar sekiranya Shuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana dia juga akan mempertahankan haknya dan anaknya.
Hadam perkara ini, saya berani fight untuk semua ini bukan untuk memalukan awak tetapi awak yang sedang memalukan diri sendiri dengan meminta cara ini.
Saya bukan bodoh dan perempuan untuk dipijak. Simpan air liur, lap. Sebab saya tidak makan janji dari mulut awak.
Saya tidak pandai leraikan belitnya ayat awak. Saya mahu tegakkan kebenaran sebab hak saya dan anak saya.
Nak saman? Pastikan awak telus dengan peguam awak pasal isu sebenar.
Sumber: Instagram
The post ‘Saya Bukan B*doh’ & Perempuan Untuk Dipijak’ – Fara Salleh Balas Kenyataan Shuk Sahar first appeared on OHBULAN!.





