28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Akan Menjiwai Identiti Jenama, Bukan Sekadar Angkat Gambar’ – Alif Satar Kongsi Prinsip Jadi Duta

    Shopee Sale

    Selebriti versatil, Alif Satar meluahkan rasa syukur atas rezeki dan kepercayaan yang diberikan apabila sering dipilih menjadi duta pelbagai jenama.

    ‘Kalau kita tak buat, kita tak akan faham’

    Ketika ditemui , Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, 35, berkata dia percaya bahawa rezeki yang hadir itu merupakan natijah daripada usaha dan keikhlasan dalam mengamalkan sesuatu sebelum mengajak orang lain melakukannya.

    Bila kita nak ajak orang, kita kena buat dulu. Nak ajak orang berlari, kita kena pergi buat latihan dulu. Nak ajak orang solat subuh, kita kena bangun sembahyang Subuh dulu.

    Nak ajak orang kumpul emas, kita kena buat dulu. Kalau kita tak buat, kita tak akan faham,.

    Alif yang juga merupakan duta bagi jenama GB Gold ini meluahkan rasa syukur apabila kontraknya bersama jenama besar ini disambung untuk tahun kedua.

    Saya rasakan itu kelebihan saya. Apa yang saya promosikan, jenama yang angkat saya jadi duta, saya akan menjiwai identiti jenama itu sepenuhnya, bukan sekadar angkat gambar.

    Alif berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran emas berbentuk keris dan pelantikan Alif Satar sebagai duta GB Gold untuk tahun kedua di Shah Alam, baru-baru ini.

    ‘Saya simpan emas sejak awal saya bekerja’

    Bercerita mengenai penyimpanan emas, pelantun lagu Cukup Indah ini berkata, dia mula berjinak dalam bidang tersebut sejak awal penglibatannya dalam dunia pekerjaan iaitu pada usia 16 tahun.

    Saya simpan emas sejak awal saya bekerja. Bermula dengan digital, sekarang saya simpan emas secara fizikal menerusi GB Gold. Simpanan ini akan berkembang kerana harga emas semakin naik.

    Dalam majlis yang sama, GB Gold melancarkan produk eksklusif terbaharu iaitu emas berbentuk keris pertama di Malaysia yang menggabungkan seni warisan Melayu dengan pelaburan emas tulen 999.9.

    MENARIK:  Bertahanlah Bella Astillah! Kehadiran Sabar Akan Membawa Ketenangan - Syed Saddiq

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold, Shahfizzam Moideen memaklumkan bahawa pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 30,000 unit bagi edisi khas emas berbentuk keris, yang ditawarkan dalam bentuk dinar dan jongkong emas seberat 1 gram.

    Menurut beliau, produk eksklusif ini bukan sahaja menampilkan nilai pelaburan, malah membawa simbolik budaya yang tinggi.

    Edisi eksklusif ini menampilkan rekaan keris yang diukir halus dan diperbuat sepenuhnya daripada emas tulen 999.9, menjadikannya bukan sahaja lambang warisan yang harus dipelihara tetapi juga sebagai sebuah simpanan yang diyakini nilainya.

    Ianya juga sengaja dicipta sebegini bagi menarik minat generasi muda dalam simpanan emas. Ia adalah perlindungan kekayaan yang terbukti sepanjang zaman.

    Produk ini dijangka menjadi rebutan memandangkan ia ditawarkan dalam kuantiti terhad dan hanya boleh didapati menerusi platform rasmi GB Gold seperti laman web http://www.gbgold.my, TikTok Live dan wakil jualan sah.

    The post ‘Saya Akan Menjiwai Identiti Jenama, Bukan Sekadar Angkat Gambar’ – Alif Satar Kongsi Prinsip Jadi Duta first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah