26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wali Band Kembali Ke Kuala Lumpur, Konsert Eksklusif Hanya Untuk 5,000 Penonton

    Shopee Sale

    Kumpulan popular Indonesia, Wali Band bakal kembali menghiburkan peminat di Kuala Lumpur menerusi Wali Exclusive One Night Only yang akan berlangsung di Megastar Arena pada 21 November ini, jam 8 malam.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kecoh! Konsert Pentas RadjaWali Terpaksa Dihentikan, Peminat Kecewa Tak Dapat Dengar Lagu Hits Wali Band

    Wali Band Exclusive One Night Only

    Konsert anjuran 25th Studio dan Infinity Love Creative Venture itu terhad kepada hanya 5,000 penonton bagi memberikan pengalaman lebih eksklusif dan dekat bersama kumpulan berkenaan.

    Wali sebelum ini tampil menerusi Konsert Wali Kembali di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 1 Mei 2026 yang dihadiri hampir 12,000 peminat.

    Bagaimanapun, konsert November ini merupakan penganjuran berbeza oleh 25th Studio dan Infinity Love Creative Venture, manakala Konsert Wali Kembali dianjurkan pihak lain.

    Selain Kuala Lumpur, Wali turut dijadualkan mengadakan Wali Live In JB pada 3 Oktober 2026 di EduCity Complex, Johor Bahru, yang juga merupakan acara berasingan.

    MENARIK:  ‘Fatima Selama-Lamanya Anak Daddy, Tak Pernah Berkurang Pun Kasih Sayang’ – Fattah Amin Titip Ucapan Hari Lahir Anak

    Lebih istimiewa penyanyi dan penulis lagu, Najwa Latif turut diundang sebagai artis undangan untuk membuka persembahan sebelum Wali mengambil alih pentas utama.

    Antara lagu popular Wali yang dijangka mengimbau kenangan peminat termasuk Baik-Baik Sayang, Cari Jodoh, Dik, Doaku Untukmu Sayang dan Tobat.

    Tiket mula dijual pada 23 September 2026, jam 12 tengah hari menerusi http://www.myticket.asia.

    Harga tiket adalah seperti berikut:

    • CAT 1 – Dik: RM182 (Free Standing)
    • CAT 2 – Baik-Baik Sayang: RM482 (Numbered Seating)
    • CAT 3 – Doaku Untukmu Sayang: RM322 (Numbered Seating)
    • CAT 4 – Tobat: RM252 (Numbered Seating)
    • VIP – Berkah: RM782 (Numbered Seating)
    • VVIP – Cari Jodoh: RM2,222 (Numbered Seating)

    Konsert ini turut menampilkan Hot FM dan Kool FM sebagai radio rasmi, sekali gus memberi peluang kepada peminat menikmati semula lagu-lagu popular Wali secara langsung di Kuala Lumpur.

    The post Wali Band Kembali Ke Kuala Lumpur, Konsert Eksklusif Hanya Untuk 5,000 Penonton first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah