30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sampai Orang Tak Bersalah Yang Meninggal!’ – Kamal Adli

    Shopee Sale

    Insiden kemalangan tragis yang berlaku di Simpang Renggam, Kluang, Johor pada Isnin lalu membabitkan beberapa kenderaan sehingga meragut lima nyawa turut mengundang perhatian pelakon, Kamal Adli.

    Artikel Berkaitan: Wanita Terharu Kamal Adli Kongsi Rezeki RM100 Selepas Lihat Anak Kira Duit Syiling – ‘Semalam Dia Minta Nasi Ayam ..’

    Berlumba tengah jalan

    Menerusi hantaran di Threads, Kamal, 40, meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan dua pemandu yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga mengorbankan pengguna jalan raya yang tidak bersalah.

    Memang bodoh boleh berlumba tengah-tengah jalan. Sibuk orang balik dari kampung. Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila! Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman.

    Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa sedih dan geram terhadap kejadian berkenaan, selain menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

    Terdahulu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang.

    Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek dipercayai memandu sebuah Mercedes-Benz A250 secara laju dan melulu bersama sebuah BMW 530e yang dipandu abangnya.

    MENARIK:  Natasha Hudson Selamat Timang Cahaya Mata Kelima – ‘Baby Boy Pertama Dalam Keluarga’

    Menurut Bahrin, kemalangan dipercayai berpunca apabila BMW 530e terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh beberapa kenderaan lain iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira serta sebuah lagi Mercedes-Benz.

    Akibat nahas tersebut, pemandu BMW 530e maut selepas kenderaannya terbabas ke dalam gaung. Turut terkorban ialah pemandu Toyota Vios, seorang lelaki berusia 36 tahun, isterinya berusia 33 tahun, seorang wanita berusia 73 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

    Dalam kejadian sama, dua penumpang Perodua Alza iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mengalami kecederaan di kepala dan kini menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

    Pemandu Perodua Alza berusia 43 tahun pula dilaporkan cedera pada bahagian kaki, manakala pemandu Proton Wira berusia 22 tahun mengalami kecederaan pada bahagian mulut.

    Sementara itu, pemandu sebuah lagi Mercedes-Benz, wanita berusia 57 tahun hanya mengalami kecederaan ringan, manakala dua penumpangnya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Sumber: Threads

    The post ‘Sampai Orang Tak Bersalah Yang Meninggal!’ – Kamal Adli first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah