Membuat keputusan untuk menyambung pengajian bukan tentang memilih universiti atau kursus yang nampak menarik. Ia melibatkan pelaburan masa, tenaga dan kewangan yang boleh memberi kesan kepada perjalanan hidup seseorang.
Bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di universiti, ibu bapa yang merancang pendidikan anak-anak atau golongan profesional yang mempertimbangkan pengajian postgraduate, ada beberapa perkara penting yang wajar dinilai sebelum membuat pilihan.
Jadi, sebelum membuat keputusan, ini lima perkara yang boleh korang jadikan panduan supaya pilihan universiti bukan sahaja sesuai dengan keperluan semasa, malah memberi manfaat untuk masa depan.
1. Kualiti & pengiktirafan universiti
Antara perkara utama yang perlu dilihat sebelum memilih universiti ialah kualiti pendidikan dan pengiktirafan yang dimiliki institusi berkenaan.
Jangan hanya tertarik dengan nama universiti atau populariti sesuatu institusi, sebaliknya luangkan masa untuk melihat reputasi akademik, pengiktirafan serta kedudukan universiti dalam penarafan antarabangsa.
Sebagai contoh, QS World University Rankings boleh dijadikan salah satu rujukan untuk mengetahui kedudukan sesebuah universiti di peringkat global.
Namun begitu, ranking bukan satu-satunya ukuran. Korang juga perlu melihat kualiti program yang ditawarkan dan kesesuaiannya dengan bidang pengajian yang ingin diceburi.
2. Pilihan program yang sesuai dengan matlamat
Setiap orang mempunyai minat dan perancangan masa depan yang berbeza. Sebab itu, pemilihan program pengajian perlu mengambil kira matlamat masing-masing dan bukan sekadar mengikut pilihan rakan atau trend semasa.
Bagi pelajar yang ingin memulakan pengajian undergraduate (UG), cuba kenal pasti bidang yang diminati serta teliti subjek dan struktur program sebelum membuat pilihan.
Manakala bagi golongan yang sudah mempunyai ijazah dan sedang mempertimbangkan pengajian postgraduate (PG), fikirkan sama ada kelayakan lebih tinggi itu dapat membantu mendalami kepakaran, mengembangkan pengetahuan atau menyokong perancangan kerjaya.
Apa yang penting, pastikan program yang dipilih selari dengan kemampuan, minat dan hala tuju yang ingin dicapai.
3. Yuran pengajian & pilihan bantuan kewangan
Tak dinafikan, soal kewangan antara perkara yang sering menjadi pertimbangan utama apabila bercakap tentang pendidikan tinggi.
Selain yuran pengajian, korang juga perlu mengambil kira kos sara hidup, pengangkutan, bahan pembelajaran dan perbelanjaan lain sepanjang tempoh pengajian.
Bagi ibu bapa yang merancang pendidikan anak-anak, perbincangan mengenai kemampuan kewangan keluarga juga penting supaya perancangan dapat dibuat lebih awal.
Dalam masa sama, jangan lupa untuk menyemak pilihan bantuan kewangan dan biasiswa yang ditawarkan oleh universiti atau pihak berkaitan.
Bagi yang berminat mendapatkan biasiswa, pastikan korang memahami syarat kelayakan, proses permohonan dan ketetapan yang ditawarkan kerana setiap bantuan mungkin mempunyai kriteria berbeza mengikut peringkat pengajian.
4. Peluang mendapatkan pendidikan bertaraf global di Malaysia
Siapa kata nak mendapatkan pendidikan bertaraf global mesti belajar jauh di luar negara?
Kini, pelajar mempunyai pilihan untuk meneroka peluang pengajian di universiti antarabangsa yang turut menawarkan pendidikan di Malaysia.
Antaranya termasuk Monash University Malaysia yang membolehkan pelajar meneroka pilihan pengajian undergraduate dan postgraduate tanpa perlu berpindah ke luar negara.
Pilihan seperti ini boleh dipertimbangkan oleh pelajar yang ingin mendapatkan pengalaman pendidikan di universiti bertaraf antarabangsa, selain membolehkan keluarga menilai pilihan pengajian yang lebih dekat dengan persekitaran dan kehidupan mereka.
Jadi, sebelum membuat keputusan, luangkan masa untuk mengenali universiti dan program yang ditawarkan supaya korang dapat melihat pilihan yang benar-benar bersesuaian.
5. Nilai pendidikan untuk perancangan jangka panjang
Akhir sekali, jangan hanya melihat pendidikan tinggi sebagai peluang mendapatkan sijil atau ijazah semata-mata.
Sebaliknya, fikirkan bagaimana pengalaman sepanjang pengajian boleh membantu membina pengetahuan, mengembangkan kemahiran dan menyediakan diri untuk peluang pada masa hadapan.
Bagi pelajar undergraduate, perjalanan di universiti merupakan peluang untuk membina asas akademik dan meneroka bidang yang diminati.
Sementara itu, golongan profesional yang memilih untuk menyambung pengajian postgraduate pula boleh menggunakan peluang tersebut untuk mendalami bidang tertentu atau mengembangkan pengetahuan sedia ada.
Walaupun hasilnya mungkin berbeza bagi setiap individu, perancangan pendidikan yang jelas boleh membantu seseorang membuat keputusan berdasarkan keperluan dan matlamat jangka panjang.
Rancang langkah seterusnya bersama Monash University Malaysia

Memilih universiti yang sesuai memerlukan pertimbangan daripada pelbagai sudut, termasuk kualiti akademik, pilihan program, kemampuan kewangan dan matlamat masa depan.
Sebagai universiti yang berada di kedudukan #31 dalam QS World University Rankings 2027, Monash University Malaysia menawarkan pilihan pengajian undergraduate dan postgraduate kepada mereka yang ingin meneroka pendidikan bertaraf global di Malaysia.
Bagi bakal pelajar yang sedang mempertimbangkan pilihan pengajian, Monash University Malaysia Application Day membuka peluang untuk mendapatkan maklumat berkaitan program, khidmat kaunseling akademik, panduan kemasukan serta bantuan permohonan secara langsung.
Jadi, sama ada korang baru merancang untuk memulakan perjalanan sebagai mahasiswa atau sudah mempunyai pengalaman bekerja dan ingin melanjutkan pengajian, inilah peluang untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan sebelum membuat keputusan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan program dan pendaftaran, layari laman rasmi Monash University Malaysia Application Day.
The post Sambung Belajar Satu Pelaburan Masa Depan, Ini 5 Perkara Yang Perlu Dinilai Sebelum Pilih Universiti first appeared on OHBULAN!.





