Pelakon, Salina Saibi berkongsi berita sedih mengenai jurusoleknya yang dikenali sebagai Solleh Abdul Rashid yang dikejarkan ke hospital akibat strok otak.
Artikel Berkaitan: Salina Saibi Tumpang Gembira Syamsul Yusof Kembali Bersama Keluarga – ‘Memang Itu Yang Saya Doakan’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Contohi Orang Lama Yang Amalkan Cara Natural Untuk Jaga Kecantikan’ – Salina Saibi
Jurusolek rugi RM30,000
View this post on Instagram
Menerusi Instagram (IG), Salina memuat naik video dirinya sedang membersihkan Solleh yang sedang terbaring di atas katil hospital.
Dakwa Salina, jurusolek itu diserang strok otak selepas mengalami tekanan emosi yang teruk berikutan kerugian RM30,000 akibat ditipu ‘scammer’.
Terus doakan beliau, Solleh Abdul Rashid a.k.a Kak As.
Dia sihat saja pada mulanya kemudian jatuh akibat darah tinggi naik mendadak kerana terlalu stres.
Kena strok otak sebab kena scam RM30,000.
Dalam masa yang sama, pelakon drama ‘Gerak Khas’ menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan sindiket ‘scammer’ yang makin berleluasa.
Hati-hati guys, ‘scammers’ semakin bermaharajalela.
Eh, kau tunggu aku cari kau sampai dapat, musibat. (Kes) masih dalam siasatan.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keprihatinan Salina sambil meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa Kak As.
Mereka juga mendoakan agar segala urusan untuk mendapatkan semula wang yang ditipu dipermudahkan.
Sumber: IG Salina Saibi
The post Salina Saibi Mohon Doa Orang Ramai, Jurusolek ‘Gerak Khas’ Kena Strok Selepas Ditipu RM30,000 first appeared on OHBULAN!.





