Pelakon Azlan Komeng bersyukur kemelut rumah tangga akhirnya berakhir selepas diselesaikan dengan pegawai jabatan agama.
Artikel Berkaitan: Azlan Komeng & Nilam Ortiz Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang – ‘Merosakkan Reputasi & Menjejaskan Nama Baik Kami’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Mahu Saya, Tapi Saya Pilih Isteri’ – Azlan Komeng Respon Isu Mesej Luc*h
Kemelut rumah tangga berakhir

Ketika ditemui , Azlan atau nama lengkapnya Muhammad Azlan Kamiran, 49, menyatakan dia tidak digalakkan untuk mendedahkan isu rumah tangga kepada umum.
Ujarnya, pihak berkuasa menasihati kerana enggan merisikokan keselamatan isterinya, Nilam Ortiz dan bayi dalam kandungan.
Orang ketiga itu berniat jahat. Perkara ini Nilam tak tahu dan saya sendiri tak nak dia tahu.
Saya takut Nilam terlepas cakap dan saya tak dapat membuktikan tujuan sebenar wanita itu.
Niat dia hanya untuk merosakkan hubungan kami suami isteri. Mungkin ketika itu saya jarang meluangkan masa bersama Nilam, tapi hakitkatnya saya sedang dapatkan nasihat daripada pihak-pihak tertentu.
Sampailah dia fikir bukan-bukan hingga kes ini sampai ke pejabat agama. Tetapi saya sudah selesaikan dan menjelaskan apa yang berlaku.
Azlan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk baharu di bawah syarikat Nilam Empire di Hotel Royale Chulan Damansara pada Khamis.
Berkongsi lebih lanjut, pelakon berusia 49 tahun itu menyimpulkan kemelut rumah tangganya terjadi akibat daripada dendam semata.
Ringkasannya adalah dendam. Bukan sebab saya hebat tapi ini tentang orang yang tidak berpuas hati.
Dia tak mahu saya nikah dengan Nilam dan mahukan kami bersama.
Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang wanita berpurdah yang sedang berada di dalam kereta bersama Azlan.
Menerusi perkongsian yang dibuat, individu yang bernama Maizila itu meluahkan rasa syukur kerana sering ditemani Azlan walaupun pelakon itu sibuk dengan kerjayanya.
Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.
Nilam kemudiannya hadir ke mahkamah pada 9 April lalu dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh.
Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
The post Rumah Tangga Azlan Komeng & Nilam Kembali Erat – ‘Orang Ketiga Itu Berniat Jahat’ first appeared on OHBULAN!.





