28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rumah Kieda Crepe Dirompak, Barang Kemas & Duit Berjumlah RM800,000 Lesap – ‘Kami Hidup Dalam Keadaan Trauma’

    Shopee Sale



    Kieda Crepe

    Usahawan makanan yang dikenali sebagai Kieda Crepe mendedahkan dia telah mengalami kerugian sekitar RM800,000 selepas rumahya dipecah masuk perompak, pada April lalu.

    Rumah dipecah masuk

    Kieda Crepe

    Menerusi hantaran di TikTok, Kieda memberitahu dia akhirnya terbuka berkongsi mengenai perkara tersebut kepada umum selepas 40 hari kes berkenaan berlaku.

    Jelas pemilik nama lengkap Siti Nur Khalieda Yusra, laporan polis sudah dibuat.

    Genap 40 hari saya dan Amy (suami) diamkan diri untuk tak update tentang ujian besar ini. 25.4.2024 khamis, hari yang saya takkan lupakan. Balik dari kedai saya dan suami terkejut sangat.

    Rumah kena pecah masuk. Total anggaran kehilangan barang saya 800,000. Laporan polis telah di buat malam 25.4 tu juga. Dan sampai sekarang masih tiada apa-apa info yang saya  terima.

    Tiada tangkapan kes yang boleh ceritakan dan tiada jawapan yang boleh buat saya dan suami tenang. Kenapa tak viralkan awal-awal dulu? Sebab tak mahu ganggu siasatan polis.

    Dalam pada itu, Kieda memberitahu dia sekeluarga masih berasa trauma dengan kejadian yang dianggap sebagai ujian terbesar dalam hidupnya.

    Kami hidup dalam keadaan trauma. Waktu kejadian, rumah saya selerak teruk. Perompak masuk melalui tingkap, mereka ambil peti besi dan duit raya serta cincin emas di atas meja alat solek.

    Dan waktu kami masuk dalam rumah pun masih berbau badan si pencuri dan lantai masih basah. Bayangkan traumanya kami saat tu sampai hari ini. Ini ujian saya dan suami.

    Justeru, ibu kepada dua cahaya mata itu meminta orang mendoakan agar si pelaku diberkas dan kes dapat diselesaikan secepatnya.

    Minta semua doakan yang baik baik untuk kami . Dan semoga doa yang baik-baik ini berbalik buat kalian semua.

    Demi Allah, saya rindu semua barang-barang kemas saya. Bukan senang nak cari semua itu. Hujan panas, letih badan tak terkata sakit saat nak mendapatkan sesuatu. Tetapi saya yakin dengan takdir Allah.

    MENARIK:  Amar Baharin Terpaksa Tukar Laluan Asal Misi Kayuhan Ke Tanah Suci, Ada Konflik India & Pakistan – ‘Allah Sebaik-Baik Perancang’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah