28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ruhainies Berkongsi Foto Selfie Di Makkah Dengan Kapsyen – ‘Jika Anda Memerlukan Wallpaper Baru’

    Shopee Sale



    Ruhainies

    Umum mengetahui, pelakon sensasi Ruhainies ketika ini berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah.

    Wallpaper muka Ruhainies?

    Ruhainies

    Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Story, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memuat naik sekeping foto ‘selfie’ dengan berlatar belakangkan kawasan Masjidil Haram.

    Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis aktres itu apabila dia berseloroh mengatakan ‘in case you need a new wallpaper’.

    Dalam perkongsian sama, pelakon drama Maaf Tak Indah itu kelihatan manis mengenakan telekung berwarna hitam.

    Sementara itu, Ruhainies turut megucapkan selamat malam kepada pengikutnya.

    Terdahulu, aktres berusia 31 tahun itu menzahirkan rasa syukur apabila dapat menyambut Lebaran di Tanah Suci pada tahun ini.

    Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi topik bualan hangat wargamaya susulan kes ditangkap berkhalwat dengan aktor dan penyanyi, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

    MENARIK:  Suami Atikah Suhaime Kesal Dengan Pemikiran Netizen, Isu Kongsi Rezeki Bersama Anak Yatim Dipersoal

    Dua selebriti itu kemudian menerima kecaman hebat orang ramai selepas mereka memuat naik sebuah kenyataan bagi menjelaskan kronologi sebenar yang berlaku.

    Rentetan itu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya. Bagaimanapun aktor itu enggan melafazkan talak dengan alasan masih sayang rumah tangga mereka.

    Mahkamah kemudian menetapkan satu tarikh baharu bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk pasangan tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah