28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rita Rudaini Stres Dengan KPM Mansuh Peperiksaan, Harap Ringankan Silibus – ‘Jadi Menteri Kena Dengan Rintihan Rakyat’

    Shopee Sale



    Pelakon Ritu Rudaini beranggapan sebagai seorang menteri sepatutnya mendengar rintihan rakyat sebelum membuat sebarang pertukaran sistem.

    Tidak setuju

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar menyatakan pendapat mengenai keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) yang memberi usulan untuk memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan.

    Ramai yang tidak bersetuju dari mula-mula zaman UPSR dan PMR di hapuskan. Macam tiada hala tuju.

    Nak jadi menteri perlu dengar rintihan rakyat. Setiap kali tukar menteri, dasar pendidikan negara pun bertukar. Para pendidik belum sempat nak hadam sistem yang lama.

    Kita ibu bapa pulak yang tertekan. Cikgu-cikgu tidak tahu lah rasa macam mana.

    Tambahnya, peperiksaan tidak menjadikan pelajar tertekan sebaliknya silibus yang harus diringankan.

    MENARIK:  [VIDEO] Raf Yaakob Menerangkan Makna Lambang Bintang Dalam Cincin – ‘Jangan Salah Tafsir’

    Hidup penuh dengan tekanan

    Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, kehidupan adalah sesuatu yang penuh dengan ujian.

    Nanti nak masuk universiti pun tetap ada tekanan. Di tempat kerja pun sama.

    Hidup ini pun penuh dengan tekanan dan ujian.

    Dalam pada itu, pelakon filem ‘Mami Jarum’ itu menekankan silibus terdahulu sudah memadai sehingga melahirkan ramai pelajar yang berjaya. Malah, ada yang menjadi seorang Menteri.

    Sekadar info, UPSR dan PT3 dimansuhkan pada 2022.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah