31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rita Rudaini Pernah Lalui Fasa Sukar, Empat Tahun Tanpa Tawaran Berlakon – ‘Saya Bersabar & Bertahan, Allah Uji Bersebab’

    Shopee Sale

    Pelakon Rita Rudaini berkongsi mengenai ujian paling besar yang pernah dilaluinya sepanjang hidup sehingga meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.

    Artikel Berkaitan: ‘Anak Tak Ingat Duit, Tapi Ingat Masa Bersama’ – Rita Rudaini

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Bertahan Sebab Alasan Sayang Rumah Tangga, Tolong Keluar Daripada Hubungan Toksik’ – Rita Rudaini

    Rita Rudaini kongsi pengalaman hidup

    Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Rita Rudaini Mohammad Mokhtar mengakui dirinya seorang yang kuat berpegang pada prinsip dan tidak mudah mengalah.

    Saya orang yang kuat berpegang pada tali… apa jadi pun saya tak akan lepas… kalau saya yakin saya di jalan yang betul.

    Berkongsi mengenai ujian paling berat pernah dilalui, pelakon telefilem Kerana Dia Isteri itu berkata dia pernah berdepan tempoh hampir empat tahun tanpa sebarang tawaran berlakon.

    Ujian kesabaran terhebat dalam hidup saya selama 50 tahun ini adalah saya dapat bersabar dan bertahan hampir empat tahun tanpa kerja.

    Tambah Rita, meskipun menerima pelbagai kata-kata negatif daripada segelintir pihak, dia memilih untuk terus bersabar kerana percaya setiap ujian yang diberikan mempunyai hikmah tersendiri.

    Ramai tag saya suruh saya mereput dalam rumah tapi saya tahu saya tak keseorangan.

    Saya ada DIA, sabar saya Dia jaga, DIA uji saya bersebab. Saya tak akan lupa sampai bila-bila.

    Sumber: Threads Rita Rudaini

    MENARIK:  Video: Kenalan Dengan Sarah Yasmine - Wawancara Bersama Anna Jobling

    The post Rita Rudaini Pernah Lalui Fasa Sukar, Empat Tahun Tanpa Tawaran Berlakon – ‘Saya Bersabar & Bertahan, Allah Uji Bersebab’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah