26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rita Rudaini Perjelas Isu Nafkah – ‘RM3,000 Ikut Kemampuan Dia, Ketika Itu Anak-Anak Umur Setahun & Tiga Tahun’

    Shopee Sale

    Pelakon, Rita Rudaini menjelaskan jumlah nafkah anak sebanyak RM3,000 yang dibayar oleh bekas suaminya, Aidil Zafuan ditetapkan berdasarkan keadaan dan keperluan ketika anak-anak mereka masih kecil.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Boleh Bayar Tapi Perlu Tengok Poket Waris Lain Juga’ – Rita Rudaini Faham Masalah Kewangan Ibu Bapa

    Isu nafkah

    Rita berkata, keputusan tersebut dibuat di mahkamah ketika anak-anaknya masih berusia setahun dan tiga tahun, dengan nafkah berkenaan hanya merangkumi keperluan asas.

    RM3,000 ikut kemampuan yang dia (Aidil) minta di mahkamah untuk tanggung susu, lampin dan makanan anak-anak sahaja yang ketika itu anak-anak umur setahun dan tiga tahun.

    Keputusan dibuat masa umur anak-anak pada ketika itu. Lain tidak tanggung sebab katanya tak mampu walaupun masa itu datang mahkamah sebagai pemain bola sepak, dari atas sampai bawa berjenama.

    Dalam masa sama, Rita turut menafikan dakwaan kononnya dia menghalang bekas suaminya daripada bertemu anak-anak mereka.

    Tak payah lah buat cerita tak bagi jumpa anak-anak. Saya setuju datang tengok anak-anak setiap minggu, kenapa tak buat?

    Bila anak sudah besar dan tak mahu jumpa jangan fitnah mak dia pula. Terima sahaja balasan Allah, baru di dunia, anak-anak tak mahu.

    Untuk rekod, semua kes mahkamah membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan iddah Rita terhadap Aidil telah diputuskan pada tahun 2017.

    MENARIK:  Fazura Tangguh Post Video Hadiah ‘Birthday’ Fatima, Hormat Isu GSF & Rakyat Gaza

    Mahkamah sebelum ini memerintahkan Aidil membayar nafkah anak sebanyak RM3,000 sebulan bermula Januari 2015, manakala bagi tuntutan mutaah pula, dia diperintahkan membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

    Rita dan Aidil berkahwin pada tahun 2008 sebelum sah bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14 tahun.

    Sumber: Threads

    The post Rita Rudaini Perjelas Isu Nafkah – ‘RM3,000 Ikut Kemampuan Dia, Ketika Itu Anak-Anak Umur Setahun & Tiga Tahun’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah