Aktor terkenal Datuk Remy Ishak mendedahkan terdapat seorang individu yang didakwa menjadi punca dirinya dikeluarkan dari sebuah projek filem.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pernah Bawa Uber, Orang Tak Kenal Sebab Saya Bawa Premium’ – Remy Ishak
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Apa Yang Serius, Kalau Buat Filem Aksi.. Kecederaan Kecil Itu Normal’ – Remy Ishak
Cabaran Remy
Menerusi perkongsian di podcast SembangOhhYeahh, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 44, mendakwa individu tersebut turut mengugut penerbit filem tersebut.
Ada seorang hamba Allah ni dia tak nak saya ada di dalam sebuah filem. Dia ugut producer supaya nama saya tak ada di dalam filem itu, kalau tidak dia tak nak berlakon.
Pada ketika itu, saya dapat tawaran dari Indonesia sebagai watak utama. Ada seorang pengarah dari Indonesia, saya panggil dia Mas Ifa, dia nampak bakat saya dan mahu bawa ke Indonesia.
Menurut Remy, ketika itu dia menolak dua tawaran lakonan dari luar negara semata-mata mahu menjayakan filem berkenaan, namun secara tiba-tiba namanya telah dikeluarkan dari projek tersebut.
Saya pula tengah fokus satu projek filem di Malaysia, jadi saya terpaksa tolak tawaran di Indonesia itu. Saya rasa lebih baik saya buat untuk filem Malaysia sendiri.
Ada juga satu filem dari Hollywood panggil saya untuk berlakon di Sarawak, saya tolak juga sebab nak fokus projek ini.
Tiba-tiba mereka ‘kick’ saya daripada projek itu tanpa tahu apa-apa cerita. Skrip dah dapat, WhatsApp group ada, semuanya dah ada tapi tiba-tiba jadi.
Kejadian tersebut ternyata telah memberi kesan mendalam terhadap pelakon filem The Expert itu dan membuatkannya sedar tentang realiti dunia seni.
Ketika itu saya rasa bukan mudah, rasa anxiety dan depress sebab dah tolak dua benda besar yang mungkin akan mengubah hidup.
Tiba-tiba apa yang diharapkan ini pula ‘bunuh’ saya.
Sampai sekarang pun benda ini berlaku dalam industri, mungkin ada orang yang rasa tak selesa dengan awak dan rasa awak boleh mencabar dia.
Ada politik juga dalam industri.
Sumber: SembangOhhYeah
The post [VIDEO] ‘Ada Seorang Hamba Allah Tak Nak Saya Ada Dalam Sebuah Filem, Dia Ugut Producer..’ – Remy Ishak first appeared on OHBULAN!.



Rupanya macam-macam hal jadi kat belakang tabir industri seni kita. Agak-agak siapa pelakon senior tu eh? Cuba teka kat komen! 
Tonton episod penuh di YT:Sembangohhhyeahh @podcastsembangohhyeahh #fyppppppppppppppppppppppp #realiti #sembangohhyeahhh #panas #KEBENARAN

