
Rumah tangga pelakon Nur Risteena bersama suaminya, Isa Khan kembali menyorot perhatian ramai selepas didakwa tidak saling mengikuti media sosial antara satu sama lain.
Unfollow satu sama lain

Menerusi perkongsian di Threads, individu mendakwa pasangan tersebut sudah lama tidak mengikuti media sosial masing-masing.
Perkara itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan orang ramai di mana rata-rata mereka mengatakan pemilik nama Nur Risteena Munim Zainul Ilyas itu juga sudah lama tidak berkongsi foto mereka di media sosial.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan Instagram Isa, dia masih menyimpan gambar perkahwinan bersama isterinya.
Tunai umrah

Sementara itu, dalam perkembangan lain Risteena yang sedang menunaikan umrah dilihat memuat naik foto bersama keluargnya tanpa keberadaan Isa.
Sebelum ini, Risteena memaklumkan dia dan keluarganya akan menyambut Syawal di sana sama seperti tahun lalu.





