29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dayang Nurfaizah Sebak Nyanyi Lagu ‘Mencintai Cinta’, Teruskan Semangat Demi Arwah Rudy Imran

    Shopee Sale



    Penyanyi, Dayang Nurfaizah tidak dapat menahan sebak di sesi pra-dengar album terbaharu ‘Janji’ apabila menceritakan tentang lagu ‘Mencintai Cinta’.

    Teruskan demi Allahyarham Rudy Imran

    Menerusi temu bual bersama , Dayang memberitahu lagu sentuhan komposer Ajai itu sepatutnya dirakamkan dua tahun lalu, namun, ditangguhkan kerana Covid-19.

    Ujarnya, Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Doty memilih untuk meneruskan rakaman lagu hasil ciptaan arwah kerana dorongan daripadanya.

    Saya tidak sihat tapi masih masuk studio untuk proses rakaman. Bila dengar rakaman semula, Ajai tidak berpuas hati dan minta saya pulang.

    Rupa-rupanya saya positif Covid-19 masa itu.

    Walau bagaimanapun, saya kena ketepikan apa yang saya rasa dan fokus. Abang Ajai pun bantu. Apa yang saya tahu, saya kena juga habiskan lagu ini. Dah tak boleh tunggu. Itu je semangat saya ketika itu.

    Alhamdulillah akhirnya lagu ini berada sekali dalam album terbaru saya, ‘Janji’.

    Dayang yang ditemui pada sidang media Pelancaran album terbaharunya di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, petang semalam.

    MENARIK:  Isteri Trauma Tambah Anak, Suami Kantoi Layan Video Gelek Seksi Masa Berpantang

    ‘Tak mahu bayangkan wajah dia’

    Bagaimanapun, Dayang memilih untuk tidak membayangkan wajah sahabat baiknya, arwah Rudy Imran bagi mengawal emosi dalam menyampaikan lagu tersebut.

    Saya tidak mahu membayangkan wajahnya. Nanti proses rakaman terganggu.

    Arwah tiada tinggalkan apa-apa pesan cuma dia cakap jangan tunggu dia dan teruskan saja proses rakaman bagi lagu ‘Mencintai Cinta’.

    Album ‘Janji’ ini merupakan album studio yang ke-11 dan menampilkan koleksi 13 lagu yang disusun teliti oleh pelantun lagu ‘Lelaki Teragung’ itu.

    Penyanyi Aishah Retno juga merupakan salah seorang komposer yang terlibat dalam pembikinan album ini.

    Jangan lupa untuk mula strim album baharu ‘Janji’ yang kini boleh didapati di semua platform.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah