28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menu Berpantang Zahirah Macwilson Jadi Tumpuan, Dah Macam Hotel 5 Bintang! – ‘Kami Makan Ikan Kering Bakar Je’

    Shopee Sale



    Pelakon Zahirah MacWilson berkongsi menu-menu sepanjang tempoh berpantang yang cukup menyelerakan dan lebih menarik, makanan tersebut merupakan hasil air tangan ibunya, Maslinda Yusof.

    Menu berpantang Zahirah

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

    Menerusi hantaran di Instagram, Zahirah bukan sahaja memuji masakan ibunya malah mencadangkan wanita untuk membuat buku resepinya sendiri. Tak dinafikan, dekorasi dan tatarias yang dipersembahkan oleh Maslinda dalam setiap hidangan membuatkan ramai terliur.

    Meskipun menu tersebut nampak ‘simple’ tetapi hidangan itu lengkap dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh seorang ibu yang baru bersalin.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan keterujaan melihat menu-menu yang cukup menyelerakan itu malah ada di antara mereka akui tidak pernah merasai makanan seenak itu saat berpantang.

    Lain betul dengan pantang mak-mak di Malaysia ya. Semua benda tak boleh.

    Berbeza betul dengan makanan berpantang kami.

    Dia punya menu macam hotel 5 bintang. Saya berpantang makan ikan kering bakar dengan nasi je.

    Makanan pantang tu sedap betul.

    Kami yang tak berpantang pun dah terliur tengok.

    Terdahulu, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson, 29 telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah hospital di Australia pada 31 Mei 2024.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri, Shahida Kongsi Pengalaman Hampir Tidur Lokap & Diserbu SPRM – ‘Itu Momen Paling Menakutkan’

    Zahirah juga telah berpantang di kediaman ibunya di negara terbabit sama seperti kelahiran pertama pada tahun 2020 yang lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah