28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Raya Pum Pang’ Dapat Sambutan & Raih 1.4 Juta Tontonan, Fazura & Syasya Rizal Mahu Duet Lagi – ‘Next Lagu Tentang Woman Empowerment’

    Shopee Sale



    Nur Fazura

    Selepas dua minggu dilancarkan, lagu ‘Raya Pum Pang’ nyanyian Nur Fazura dan Syasya Rizal berjaya meraih 1.4 juta tontonan di YouTube dan mendapat sambutan luar biasa sehinggakan tular di media sosial.

    Duet lagi

    Nur Fazura

    Tidak menyangka bakal melekat di hati peminat, Fazura, 41, berkata, melihat kepada kejayaan itu, dia terbuka untuk bekerjasama lagi dengan Syasya pada masa akan datang.

    Apabila lagu ini keluar saya langsung tidak jangka akan mendapat sambutan sehingga viral. Mungkin lagu ini viral sebab ramai yang dah lama tak tengok Syasya menyanyi.

    Harapnya lepas ini, kami boleh bekerjasama lagi dan hasilkan lagu bersama. Next lagu seterusnya tentang ‘woman empowerment’.

    Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis Buka Puasa Pum Pang yang berlangsung di Sunway Putra Mall, baru-baru ini.

    MENARIK:  Pak Nil Anggap Zaman Tsumawi Tak Pernah Padam, Titip Kata Semangat Susulan Pembatalan Konsert

    Fazura produser lagu

    Nur Fazura

    Tambah Fazura, dia yang juga bertindak sebagai produser berkata, tiada sebarang cabaran besar sepanjang proses pembikinan lagu tersebut.

    Kali ini saya bukan sekadar menyanyi, tetapi juga terlibat sebagai produser. Cabaran tidak besar mana walaupun ini kali pertama saya jadi produser untuk lagu.

    Saya gembira kerana dapat hasilkan lagu yang ada mesej tetapi positif. Saya boleh amalkan untuk diri sendiri dan orang di luar saya pun boleh juga.

    Sementara itu, Syasya berkata dia gembira dapat bergandingan dengan Fazura dan menyifatkan aktres itu seorang yang lucu.

    Seronok dapat bergandingan dengan Fazura, dia seorang yang sangat baik dan kelakar. Saya peminat dia, ibarat dapat bekerja dengan idola sendiri.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah