Kalau tanya orang sekarang, antara soalan paling kerap keluar waktu hari bekerja mestilah… “hari ni nak makan apa?”
Pagi dah rushing, tengah hari sibuk, petang pula penat, memang ramai nak cari sesuatu yang cepat, mengenyangkan dan tak mahal.
Sebab tu bila ada pilihan macam KFC yang bukan je sedap tapi harga pun masuk akal, memang terus jadi pilihan ramai.
Ayam rangup, nugget & sides. Sekali makan terus puas!

Tak kira sama ada waktu lunch break, lepas kerja atau tengah lapar waktu petang, kita semua perlukan satu hidangan yang boleh terus “isi perut” tanpa perlu fikir panjang.
Bayangkan ayam goreng panas-panas yang rangup di luar, lembut dan juicy di dalam. Sekali gigit, terus rasa puas.
Tambah pula dengan nugget, whipped potato yang lembut, dan coleslaw yang segar, memang cukup lengkap untuk satu hidangan.
Ini bukan sekadar makan untuk kenyang tau, tapi rasa best dan puas!
Harga RM10.90 je, tapi dapat satu set lengkap
Bila hari bekerja, ramai yang cuba jaga bajet tapi tetap nak makan yang memuaskan.
Ha…dengan set ni, memang rasa berbaloi sebab semua dah ada dalam satu set, korang tak perlu tambah lauk lain pun dan portion dia memang cukup untuk buat korang rasa kenyang.
Dengan harga RM10.90, korang akan dapat:

- 1 ketul ayam (Original atau Hot & Spicy)
- 4 nugget
- Whipped potato
- Coleslaw
Berbaloi kan? Memang kena cuba!
Tak perlu pening fikir, ini pilihan paling jimat dan mudah!
Kalau korang tengah pening fikir nak makan apa, ini memang pilihan yang senang dan memuaskan…cepat, lengkap dan mengenyangkan.
Set ini ditawarkan di outlet KFC terpilih di Semenanjung Malaysia dan hanya tersedia dari Isnin hingga Khamis sahaja. Korang boleh dapatkan melalui dine-in, pandu lalu atau self collect, memang mudah untuk grab bila-bila masa.
Untuk info lanjut, boleh layari laman web mereka di SINI.
The post Ramai Rupanya Pilih Set RM10.90 KFC Ni, Jimat, Mudah & Berbaloi! first appeared on OHBULAN!.





