28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Peminat Puji Siti Nurhaliza Bawa Doktor Peribadi Bercuti Ke Korea Selatan, Netizen Usik – ‘Helok Juga’

    Shopee Sale



    Siti Nurhaliza

    Segelintir peminat memuji penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membawa doktor peribadinya yang dikenali sebagai Dr Saf ikut bersama pergi bercuti ke Korea Selatan.

    Bawa doktor peribadi

    Siti Nurhaliza

    Pujian itu dapat dilihat pada komen yang ditinggalkan wargamaya pada sebuah video di TikTok milik Dr Saf atau nama sebenarnya Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad, 30.

    Wow siap upah doktor peribadi pergi holiday, selalu tengok photographer peribadi je. Terbaik Datuk – @NFDesign

    Selamat bertugas doktor, jaga kesayangan kami itu baik-baik ya – @tehais03

    Datuk Siti sangat pentingkan kesihatan dan keselamatan keluarganya, bagus betul. Selamat menjalankan tugas ya doktor – @kam

    Sementara itu, menerusi video sama kedengaran suara pelantun lagu Cindai itu mempekenalkan Dr Saf sebagai doktor peribadi kepada keluarganya.

    Malah, Dr Saf membalas dengan mesra memberitahu untuk merujuk dengannya sekiranya mempunyai masalah kesihatan.

    MENARIK:  Indra Herlambang Sanggup Tak Mandi Dua Hari, Nak Kekal Haruman Selepas Dipeluk Lisa Blackpink

    Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen yang mengusik Dr Saf mengatakan dia memiliki wajah yang tampan.

    Video

    " data-video-id="7371000764614987026">
    @drsyedaliffauzan? original sound – Dr SAF – Dr Fauzan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah