Seorang individu tampil mendedahkan bahawa dia mengenali suami kepada pelakon wanita yang didakwa terlibat dengan isu penipuan (scam).
Artikel Berkaitan: Pelakon Wanita & Suami Jadi Orang Dikehendaki, Didakwa Tipu Jual Tanah Tak Wujud – ‘Mereka Berada Di Sarawak
Artikel Berkaitan: Janna Nick Bimbang Dengan Keadaan Rakan Artis Terlibat Scam – ‘Harap Ada Yang Boleh Selamatkan Dia’
Jadi scammer?

Menerusi perkongsian di Threads, individu itu mendakwa lelaki berkenaan sudah dikenali dengan sikap yang tidak baik dan mempunyai reputasi buruk.
Namun, dia berasa terkejut apabila aktres tersebut memilih lelaki itu untuk dijadikan suaminya.
Suami dia aku kenal dari zaman sekolah, memang terkenal kaki spin dari dulu lagi.
Aku tak terkejut kalau dia sekarang jadi scammer tapi yang aku dan kawan-kawan terkejut macam mana pelakon itu boleh kahwin dengan dia. Buta ke?
Tambah individu itu lagi, dia mengesyaki lelaki tersebut selepas melihat alamat di kad pengenalannya yang tular baru-baru ini.
Masa mula-mula viral gambar kad pengenalan dia dengan pelakon itu, aku memang terus kenal sebab nama dia unik.
Alamat itu sama dengan alamat di kad pengenalan aku, beza blok sahaja.
Memalukan betul, tukarlah dulu alamat kalau nak scam orang.
Sebelum ini, kecoh dalam Threads apabila seorang pengasas produk kecantikan mendakwa menjadi mangsa penipuan.
Difahamkan, mangsa mendakwa kerugian mencecah ribuan hingga jutaan ringgit melibatkan urusan perniagaan termasuk pelaburan durian dan tanah.
Sementara itu, pasangan tersebut juga didakwa terlibat dalam sindiket penipuan jualan tanah lot sehingga mengakibatkan kerugian mencecah RM1.5 juta.
Siasatan lanjut mendedahkan mereka dipercayai sudah melarikan diri dari Semenanjung Malaysia dan kini sedang bersembunyi di Sarawak.
Sumber: Threads
The post Rakan Sekolah Dakwa Kenal Suami Pelakon Terlibat Scam, Dedah ‘Kaki Spin’ Dari Dulu – ‘Macam Mana Boleh Kahwin Dengan Dia?’ first appeared on OHBULAN!.





