28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Racun Anjing Peliharaan Punca Lelaki Dit*tak, Mayat Dibuang Dalam Parit

    Shopee Sale

    Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tragis dalam sebuah parit dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berunsur dendam selepas meracun seekor anjing.

    Artikel Berkaitan: Tiga Beranak Mati Dibunuh Keluarga Kandung

    Artikel Berkaitan: Anak Tergamak Bunuh Ayah Kandung Gara-Gara Tak Suka Makanan Dibeli

    Mangsa meracun anjing

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan Detik News, Ketua Polis Daerah (Kapolres) Sambas, Asisten Komisioner Wahyu Jati Wibowo memaklumkan bahawa mangsa, dikenali sebagai AA, 44, ditemukan pada 30 Oktober lalu di sebuah parit di hadapan Tokong Ng Kuk Ti, Jalan Terigas, Kampung Jelutung.

    Katanya, kejadian itu terbongkar selepas penduduk kawasan itu menemui sebuah motosikal yang dipercayai milik mangsa di dalam parit berhampiran dengan tokong tersebut.

    Berikutan penemuan itu, polis menjalankan siasatan lebih mendalam sebelum menahan seorang lelaki dikenali sebagai THP, yang dipercayai membunuh AA selepas mangsa meracun anjing peliharaannya hingga mati.

    Hasil serbuan di rumah suspek, polis menemui tiga laras senapang angin, peluru, dua bilah parang, tiga lampu suluh kepala serta beberapa telefon bimbit.

    MENARIK:  Nama Lebih Dikenali Berbanding Juara & Naib Juara, Aisha Retno Anggap Rezeki Sudah Tertulis – ‘Jaga Hubungan Dengan Peminat Juga Penting’

    Mangsa juga penjenayah

    Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Sambas, Deputi Superintendan Rahmad Kartono menjelaskan motif kejadian disyaki berpunca daripada kemarahan suspek selepas anjingnya mati diracun.

    Motif pembunuhan ini disyaki berpunca daripada emosi suspek, kerana anjing peliharaannya mati diracun oleh mangsa dan cuba diambil mangsa.

    Suspek telah menyerang mangsa sehingga mengalami kecederaan serius dan meninggal dunia.

    Hasil dari pemeriksaan perubatan juga menunjukkan pendarahan dari hidung dan telinga serta terdapat luka-luka lain pada lengan dan tapak tangan.

    Hasil siasatan menunjukkan mangsa merupakan penjenayah tegar dalam kes kecurian dan dipercayai kerap mencuri anjing dengan menggunakan racun.

    Sumber: Detik News

    The post Racun Anjing Peliharaan Punca Lelaki Dit*tak, Mayat Dibuang Dalam Parit first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah