24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ernie Zakri Ada Perancangan Tambah Anak, Khawla Siap Tanya – ‘Nak Baby Kecil Boleh?’

    Shopee Sale



    Penyanyi Ernie Zakri tidak menolak untuk menambah zuriat namun perlu menunggu pada masa yang tepat.

    Tunggu anak besar sikit

    Menerusi temu bual bersama , pemilik Nur Ernie Shahirah Zakri berkata dia sememangnya mempunyai rancangan untuk menambah cahaya mata pada tahun hadapan.

    Bagaimanapun, selebriti berusia 33 tahun itu berkata dia dan suaminya, Syamel perlu memberikan fokus terhadap karier mereka sebagai penyanyi.

    Khawla sudah masuk umur tiga tahun dan sebenarnya saya memang ada rancang (nak tambah anak). Kita nak tunggu dia masuk empat tahun, tapi tengok dahulu macam mana.

    Dengan kerja kami, memang kena ada perancangan. Tidak boleh tiba-tiba mengandung.

    Syamel pun ada perancangan nak lancarkan album jadi saya tidak mahu fokusnya teralih. Ada anak bukan satu perkara mudah, memerlukan komitmen besar dan pemahaman pasangan.

    Khawla nak adik

    Sementara itu, Ernie turut berkongsi anaknya, Nur Khawla Soleha juga sudah bijak menanyakan soalan berkaitan adik.

    Khawla ada tanya juga, saya tidak tahu siapa yang beritahu dia mungkin nanny (nenek) dia.

    Dia cakap Abu (panggilan Ernie) Khawla nak baby kecil lain boleh dalam perut Abu? Khawla sayang baby.

    Mungkin dia dah besar sebab itu dia mula memahami.

    Kawan pun dengan orang besar dalam rumah, tiada yang sebaya.

    Saya pun kata dengan dia insya-Allah kena tunggu Khawla besar sikit.

    MENARIK:  ‘Bini Aku Tengah Dalam Bahaya Ke? Kau Kerja Bomba & Penyelamat?’ – Suami Elcah

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah