28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Qifarah Buktikan Filem Tempatan Setanding Hollywood

    Shopee Sale

    Sejak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Qifarah terus mencetus fenomena dengan sambutan hangat daripada penonton.

    Ramai yang bukan sahaja terpukau dengan jalan ceritanya yang seram, penuh mistik dan sarat dengan pengajaran, tetapi turut kagum dengan visual sinematografi bertaraf antarabangsa yang dihasilkan.

    Artikel Berkaitan: Filem ‘Qifarah’ Angkat Kisah Dosa & Pembalasan, Temui Penonton 9 Oktober Ini

    Artikel Berkaitan: Nama Mawar Jadi Bualan, Ilmu Hitam Mula Tuntut Balasan

    Karya versi Hollywood

    Setiap babak berjaya membangkitkan suasana tegang dan mendebarkan, seolah-olah menonton karya ngeri Hollywood versi tempatan.

    Kekuatan utama Qifarah bukan sekadar pada jalan ceritanya yang penuh misteri, tetapi juga pada aspek teknikal yang dihasilkan dengan begitu kemas dari sinematografi memukau, rekaan produksi realistik hingga pencahayaan dan efek bunyi yang berkesan berjaya mencipta suasana seram mengasyikkan.

    Gabungan ini menjadikan Qifarah satu pengalaman sinematik yang menakutkan, mendalam dan melekat dalam ingatan penonton.

    Rasa detik seram

    Sebagai pengarah, Ghaz Abu Bakar berjaya membuktikan bahawa filem tempatan juga mampu berdiri sebaris dengan produksi antarabangsa, bukan sahaja dari segi visual dan kualiti teknikal, tetapi juga melalui penceritaan yang sarat nilai kemanusiaan dan menyentuh hati penonton.

    MENARIK:  Atikah Suhaime Kongsi Menu Eat Clean Bajet Murah – ‘Beli Ulam, Buat Sambal Kering Tanpa Gula’

    Beberapa babak dalam Qifarah menonjol dengan atmosfera seram, hasil gabungan sinematografi yang teliti.

    Setiap adegan dibuat dengan penuh perhatian bagi memberikan impak besar, menjadikan pengalaman menonton Qifarah bukan sekadar hiburan seram, tetapi juga suatu renungan mendalam tentang keinsafan dan pembalasan, selaras dengan makna sebenar di sebalik konsep Qifarah.

    Saya mahu penonton benar-benar menyelami dalam dunia Qifarah, merasai setiap detik seram, setiap bisikan misteri dan pengajaran yang tersembunyi di sebalik kisah ini.

    Bagi saya, visual dan bunyi bukan sekadar hiasan, tetapi medium untuk menyalurkan rasa supaya apa yang mereka lihat dan dengar terus kekal dalam ingatan, walaupun selepas keluar dari pawagam.

    Barisan pelakon hebat membintangi filem Qifarah antaranya Sharifah Sakinah, Vanidah Imran, Datuk Remy Ishak, Rita Nadira, Liyana Jasmay, Namron dan ramai lagi.

    Filem Qifarah sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober lalu.

    The post Qifarah Buktikan Filem Tempatan Setanding Hollywood first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah