29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Qasrina Karim Kongsi Keadaan Adik Di Mesir, Ada Kemungkinan Tak Balik Raya – ‘Satu Keluarga Risau’

    Shopee Sale

    Pelakon, Qasrina Karim memaklumkan adik bongsunya yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir berada dalam keadaan selamat meskipun ketika ini sedang berlaku ketegangan melibatkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat (AS).

    Artikel Berkaitan: Qasrina Karim Akui Khilaf Pakai Tudung Nampak Leher & Rambut

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Qasrina Karim Ditegur Netizen, Pakai Selendang Nampak Leher & Anak Rambut – ‘Pakai Pin At Least’

    Keadaan selamat di Mesir

    Qasrina, 30, berkata, adiknya, Arif Karim yang kini mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Mansoura pada asalnya dijadualkan pulang ke Malaysia minggu hadapan untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

    Namun, perancangan itu mungkin terpaksa ditangguhkan berikutan penutupan sementara lapangan terbang di Mesir susulan situasi semasa.

    Adik saya sekarang berada di Mesir dan dia maklumkan di tempatnya berada sekarang, semuanya baik-baik saja.

    Di sana juga ada ramai pelajar Malaysia dan ada komuniti pelajar Malaysia juga. Jadi dia ada maklumkan semuanya berada dalam keadaan selamat.

    Mengikut perancangan, minggu depan dia mahu balik beraya, tapi semua lapangan terbang di sana tutup buat masa sekarang, jadi tak tahu dia boleh balik atau tidak. Kena tunggu keadaan reda dulu.

    Qasrina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather dan Iftar yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.

    Dalam pada itu, Qasrina turut mengakui seluruh ahli keluarganya berasa bimbang memikirkan keselamatan adiknya di negara berkenaan.

    Sudah tentu satu keluarga saya fikirkan dia apatah lagi dia sepatutnya balik minggu depan tapi disebabkan keadaan di sana, mungkin dia tak boleh balik.

    Tapi dia maklumkan keadaan di sana selamat, jadi kami okey. Dia pun tenang dan tak panik, bila dia tenang, kami pun tenang.

    Satu keluarga saya memang risaukan keadaan dia di sana, terutamanya emak saya dia sentiasa bermesej dengan ibu bapa pelajar di sana untuk tahu perkembangan semasa. Alhamdulillah setakat ini semua pelajar di sana selamat.

    Kumpul raya bersama

    Tambah Qasrina, dia berharap adiknya dapat pulang ke tanah air bagi menyambut Aidilfitri dan berkumpul bersama.

    Kami memang mengharapkan dapat meraikan Syawal bersama sebab tahun lepas dia tak balik, jadi sepatutnya tahun ini kami mahu berkumpul memandangkan kakak baru selamat melahirkan anak.

    Kakak saya bersalin juga dia putuskan nak balik tapi kalau tak dapat, tidak mengapa, asalkan dia selamat. Itu saja yang kami doakan dan kita doakan yang terbaik buat dia.

    Terdahulu, ketegangan di Timur Tengah memuncak apabila Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan berskala besar terhadap Iran.

    MENARIK:  Aliff Aziz Mengungkapkan Bella Astillah Menipunya Semasa GV Berlangsung, Nabil Berkata - 'Saya Melihat Mereka Sebagai Pasangan Yang Penuh Kasih Sayang'

    Situasi tersebut menyaksikan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan meninggal dunia, sekali gus mencetuskan serangan balas daripada Tehran yang melepaskan peluru berpandu di beberapa kawasan di Timur Tengah.

    Susulan konflik itu, beberapa negara termasuk Iran, Iraq, Israel, Syria, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan penutupan separa ruang udara, sekali gus memberi kesan kepada operasi penerbangan di negara berhampiran termasuk Mesir.

    The post Qasrina Karim Kongsi Keadaan Adik Di Mesir, Ada Kemungkinan Tak Balik Raya – ‘Satu Keluarga Risau’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah