28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazley Yaakob Tegur Netizen Jangan Banding Suara Penyanyi Lama Dengan Zaman Muda – ‘Yang Ada Expiry Date Tu Makanan, Bukan Insan Seni’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob tampil menegur sikap segelintir individu yang gemar membandingkan penyanyi senior dengan zaman kegemilangan mereka ketika muda.

    Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Tegur Sikap Suka Jatuhkan Orang Di Media Sosial – ‘Jiwa Mereka Kosong, Lapar Perhatian Tapi Tak Pernah Kenyang’

    Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Nasihat Jangan Buka Aib Pasangan Di Media Sosial – ‘Manusia Memaafkan Tapi Apa Yang Ada Di Internet Kekal’

    Bukan mudah buat konsert

    Menerusi hantaran di Threads, Fazley berkata orang ramai sepatutnya menikmati persembahan dan menghargai usaha artis lama yang masih sanggup kembali menghiburkan peminat menerusi konsert.

    Menurutnya, setiap penyanyi melalui perubahan seiring usia dan perkara itu tidak seharusnya dijadikan bahan kritikan.

    Bila ada penyanyi-penyanyi senior atau lama kembali buat concert, tak perlulah kita bandingkan suara, rupa serta fizikal mereka dengan masa diorang muda dahulu.

    Just enjoy the show, appreciate yg mereka masih sudi berusaha hiburkan kita semula.

    Dalam masa sama, Fazley turut menegaskan persiapan sesebuah konsert bukan mudah kerana memerlukan banyak usaha dan komitmen daripada pelbagai pihak.

    Yang ada expiry date tu makanan! Insan seni dan karya tak ada!

    Nak buat konsert bukan senang, bukan macam masak ayam gepuk. Banyak benda nak prepare tapi bila makan lima minit je settle.

    Nak prepare untuk konsert susah, nak habiskan konsert tu lagi banyak effort.

    Sumber: Threads Fazley Yaakob

    MENARIK:  Kemeriahan Rumah Terbuka Raya dengan #KongsiBersama TikTok Malaysia: Apa Yang Dimenangi oleh Khairul Aming & Nyna Bukater?

    The post Fazley Yaakob Tegur Netizen Jangan Banding Suara Penyanyi Lama Dengan Zaman Muda – ‘Yang Ada Expiry Date Tu Makanan, Bukan Insan Seni’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah