28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rizky Febian Pujuk Mahalini, Mahu Rakam Semula Lagu Sisa Rasa Versi Sendiri – ‘Ada Beberapa Syarat…’

    Shopee Sale

    Penyanyi Indonesia, Rizky Febian menyimpan hasrat untuk melancarkan lagu popular isterinya, Mahalini, iaitu Sisa Rasa dalam versi nyanyiannya sendiri.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rizky Febian Utamakan Kesihatan Demi Isteri & Anak – ‘Saya Nak Luang Lebih Banyak Masa Dengan Mereka’

    Artikel Berkaitan: Rizky Febian Titip Ucapan Romantis Buat Mahalini Sempena ‘Anniversary’ Ke-2 – ‘Kamu Wanita Kuat, Hebat’

    Doakan sahaja

    Ketika ditemui , Rizky, 28, menjelaskan bahawa hasrat itu bagaimanapun masih memerlukan persetujuan Mahalini sebelum ia direalisasikan.

    Menurut Rizky, dia masih berusaha memujuk Mahalini agar memberikan keizinan untuk melancarkan lagu berkenaan dalam versinya sendiri.

    Saya baharu sahaja membuat hantaran video di TikTok untuk meminta bantuan peminat memujuknya.

    Kata Mahalini, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

    Tetapi doakan sahaja, semoga lagu Sisa Rasa versi saya ini diberikan keizinan untuk dilancarkan kelak.

    Rizky berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Malam Rawan Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur.

    MENARIK:  ‘Berdamailah Dengan Takdir Demi Kebahagiaan Anak’ – Fazura

    Dalam pada itu, Rizky memaklumkan, idea untuk melancarkan lagu Sisa Rasa dalam versi baharu tercetus selepas persembahannya menyanyikan lagu tersebut tular di media sosial.

    Penyanyi lagu Alamak itu turut meluahkan rasa terharu dengan sambutan peminat Malaysia, selain menyifatkan Kuala Lumpur sebagai antara pasaran terbesar buat dirinya.

    Banyak sekali orang-orang di Malaysia yang memberikan sokongan dan bertanya bagaimana caranya untuk saya membawakan lagu ini di sini. Pasaran di Kuala Lumpur memang antara yang paling besar buat saya.

    Insya-Allah, jika mendapat izin daripada isteri, saya memang berhasrat untuk membawakan lagu Sisa Rasa ini buat semua peminat di sini.

    Sekadar info, Rizky bakal menghiburkan peminat menerusi konsert Malam Rawan Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 November ini.

    The post Rizky Febian Pujuk Mahalini, Mahu Rakam Semula Lagu Sisa Rasa Versi Sendiri – ‘Ada Beberapa Syarat…’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah