26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Sarah Dicabar RM1 Juta, Pegawai Pemasaran Tersangka Penyalah Gunaan Dadah & Mempertahankan ‘Andy’

    Shopee Sale



    puteri sarah saman

    Pelakon Puteri Sarah Liyana nekad memfailkan saman terhadap seorang pegawai pemasaran yang menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan membabitkan mereka berdua.

    Tuntut ganti rugi RM1 juta

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Puteri Sarah Megat Kamaruddin (@puterisarahliyana)

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Sarah memuat naik notis tuntutan kenyataan fitnah terhadap Nazatul Nazira Binti Zainol Abidin yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dan ahli perniagaan.

    Berdasarkan notis yang dikeluarkan, terdapat lima bukti kenyataan yang dimuat naik di Instagram Stories dan WhatsApp Stories.

    Antaranya adalah menuduh Puteri Sarah mengambil dadah, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelar Puteri Sarah seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

    Perintah injunksi

    PS SAMAN

    Susulan itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menuntut ganti rugi sebanyak RM 1 juta secara berasingan untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi.

    Selain itu, permohonan maaf secara terbuka perlu dibuat kepada Puteri Sarah serta perintah injunksi bagi menghalang daripada menerbitkan kenyataan yang sama pada masa hadapan.

    Terdahulu, Melodi telah menemu bual seorang individu yang mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang pelakon terkenal yang juga merupakan rakan perniagaannya.

    Dakwa individu terbabit, aktres itu telah memutar belit cerita dan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar di laman sosial.

    MENARIK:  Persembahan Memukau Mahalini Di Lovechestra: Suara Seruling Di Atas Buaian Bak Puteri Kayangan Membuat Penonton Tersedu

    Selain itu, dia juga mendakwa sudah berusaha untuk berjumpa dengan aktres terbabit bagi berbincang dan menyelesaikan masalah antara mereka, namun tiada respon diberikan.

    Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun rata-rata netizen mendakwa aktres yang dimaksudkan ialah Puteri Sarah.

    Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata mendakwa seorang pegawai pemasaran yang dilantik telah mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan perniagaan yang diperolehnya.

    Menurut aktres itu, dia telah mengupah individu berkenaan sejak Oktober tahun lalu untuk mengendalikan pemasaran produknya, namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard yang ditetapkan.

    Bertambah buruk lagi, apabila individu itu tidak mengotakan janjinya untuk menjadi ejen atau stokis produk berkenaan.

    Tegasnya, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai pemasaran terbabit sekiranya masih berdegil memulangkan wang berjumlah RM26,000 miliknya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah