Usahawan dan pengaruh sensasi, Prince Syed membuat keputusan untuk menarik semula laporan polis dibuat terhadap keluarga mentuanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Trauma Dengan Kejadian Serang, Dedah Tak Boleh Tidur Malam – ‘Saya Memang Tidak Akan Jumpa Dengan Sesiapa’
Artikel Berkaitan: Prince Syed & Isteri Hadir Ke Mahkamah, Keluarga Mentua Dipercayai Berdepan Pertuduhan
Prince Syed tarik laporan polis

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 34, berkata dia berbuat demikian kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Saya malas nak panjangkan cerita dan ambil keputusan tarik balik laporan polis kerana enggan ada persengketaan lagi dengan keluarga mentua.
Nak berbaik saja, tak nak ada isu di kemudian hari. Bagi saya, yang muda kena menghormati yang tua sama ada kita betul atau salah.
Malah dia menganggap apa yang terjadi sebelum ini merupakan ujian yang perlu dilalui oleh mereka sekeluarga.
Orang lempar apa pun, saya bagi bunga. Apa yang berlaku sebelum ini dugaan keluarga kami dan keputusan dibuat ini hadiah raya paling besar serta bermakna buat keluarga mentua.
Buat keputusan tanpa berbincang dengan isteri

Bercerita lanjut, Syed memaklumkan bahawa keputusannya itu dibuat tanpa pengetahuan isteri, Syazwani Ishak, 28.
Isteri tak tahu, sebelum keluar tadi saya solekkan dia dan tanya nak ke mana. Saya kata nak ajak dia ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Kuala Lumpur untuk berbelanja keperluan raya.
Tapi selepas siap semua, saya memandu ke balai polis dan dia terkejut kenapa ke situ dan tertanya apa kesalahan dibuat.
Isteri nampak ‘cuak’ (takut) dan bila beritahu pegawai polis saya nak tarik laporan polis terhadap keluarganya, isteri terkejut kemudian menangis.
Difahamkan, Syed akan ke mahkamah untuk akuan sumpah dan prosiding keluarga mentua pada 21 April hadapan akan diteruskan seperti yang dijadualkan.
Pada 14 November lalu, empat ahli keluarga mentua Syed telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan berbeza.
Ibu bapa mentua serta adik ipar Syed mengaku tidak bersalah atas dakwaan sengaja mencederakannya di Sungai Bertek pada awal November, manakala abang ipar Syed turut membuat pengakuan sama atas pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta milik adiknya, Fatin Syazwani.
Kesemua tertuduh dibenarkan ikat jamin, dengan kes kecederaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda jika sabit kesalahan.
Sumber: Harian Metro
The post Prince Syed Tarik Laporan Polis Terhadap Keluarga Mentua – ‘Keputusan Ini Hadiah Raya Paling Besar Untuk Mereka’ first appeared on OHBULAN!.





