27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Posting ‘Goodbye August’ Fazura Penuh Dengan Tanda Tanya, Kongsi Babak ‘Crazy Rich Asians’ & Lagu Adele

    Shopee Sale



    Nama pelakon Nur Fazura kembali menjadi tumpuan ramai apabila posting terbarunya sempena selamat tinggal bulan Ogos tiada satu pun menunjukkan foto bersama suami tercinta iaitu aktor, Fattah Amin.

    Selamat tinggal Ogos

    Menerusi pemerhatian pihak , Fazura berkongsi beberapa foto yang memberi gambaran tentang kehidupannya sepanjang bulan Ogos lalu.

    Antara foto dan video yang dimuat naik oleh Fazura ialah, ketika dia sedang duduk di dalam kapal terbang sambil merenung ke luar tingkap, menjalani sesi penggambaran, jadual senaman dan foto memeluk serta mencium anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya.

    Lebih mencuri perhatian, Fazura turut memuat naik sedikit sedutan persembahan Adele ketika menyanyikan lagu ‘Love In The Dark’.

    Bukan itu sahaja, pelakon filem ‘Pisau Cukur’ ini turut menunjukkan satu babak daripada filem ‘Crazy Rich Asians’. Babak itu menunjukkan watak Astrid Leong lakonan Gemma Chan yang mahu membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Michael Teo.

    Ikon daun luruh dan burung merpati putih di ruangan kapsyen Fazura turut menjadi tumpuan. Hal ini telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat mahupun netizen.

    MENARIK:  Janna Nick Teruja Bakal Sepentas Bersama Sarimah – ‘TikTok Awards Sangat Berbeza Dengan Anugerah Yang Lain’

    Banyak yang tersirat

    Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kebimbangan terhadap artis kesayangan mereka dan menganggap perkongsian itu sangat menyedihkan.

    Netizen turut bertanya kepada Fazura sama ada dia berada dalam keadaan okey ataupun tidak?

    Terdahulu, viral dakwaan rumah tangga Fazura dan Fattah Amin bergolak berikutan jarang memuat naik foto bersama di media sosial sejak beberapa bulan yang lalu.

    Susulan daripada itu,  Fazura dan Fattah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa mereka sangat sibuk dan memilih untuk hidup lebih privasi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah