28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Peti Ais Kosong Setiap Kali Dia Pergi Outstation, Tak Tinggalkan Duit’ – Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Culas Tanggungjawab, Pernah Dipukul?

    Shopee Sale



    Kontroversi rumah tangga pelawak terkenal, Shuk Sahar kembali menjadi perhatian apabila isterinya, Fara Salleh, mendakwa bahawa dia pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

    ‘Nak nafikan sampai bila?’

    Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories (IGS), Fara mendakwa bahawa Shuk pernah memukulnya dan menegaskan terdapat saksi melihat kejadian tersebut.

    Kau sendiri tahu apa kau buat. Nak nafikan sampai bila? Bukan tak ada saksi, bukti. Kawan kau dekat podcast sendiri saksi kau pernah pukul aku dekat rumah dia.

    Ada saksi yang nampak (dipukul), masa 22 Oktober tu hari jadi saya, sebab berlaku di rumah orang.

    Farah membuat pendedan tersebut menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh Shuk menerusi temu bual bersama Melodi.

    ‘Allah tahu segala apa kau buat’

    Selain itu, Fara turut meluahkan kekecewaannya terhadap sikap Shuk yang didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa malah pelawak itu dikatakan tidak pernah berjumpa dengnnya untuk membincangkan hal rumah tangga mereka.

    Kalau kau tanggungjawab, mana kau? Dari 7/2 tak datang langsung jenguk atau selesaikan hal keluarga. Nak kata kene block, takkan lah tak tahu rumah mertua dekat mana.

    Terpaling tanggungjawab sampai kosong peti ais setiap kali dia pergi outstation dulu. Kitanya kena makan maggi berhari-hari. Duit pun tak ada masukkan.

    Alhamdulillah duduk rumah mak ayah, kenyang. Allah tahu segala apa kau buat. Nafilah Shuk, aku tuntut semua dekat akhirat. Kau berani sembang macam tu dalam Melodi, sucinya.

    Imbas kembali, Fara mendakwa Shuk sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan sering kali mengutamakan rakan-rakannya.

    MENARIK:  ‘Ayah Terus Peluk & Cium Saya’ – Momen Emosi Hisyam Hamid Di Tayangan Filem ‘Memori’

    Untuk rekod, Shuk dan Fara sah bergelar suami isteri pada November 2023. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah