28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rosyam Nor Beraya Dengan 27 Pasang Baju Melayu, Terkilan Tak Dapat Tunai Umrah Masa 10 Malam Terakhir

    Shopee Sale



    Pelakon Datuk Rosyam Nor, 58 berkongsi pertama kali dalam sejarah hidupnya meraikan Hari Raya Aidifitri dengan 27 pasang baju Melayu.

    Tak pernah dibuat orang

    rosyam nor karisma 2

    Menerusi temu bual dengan , pelakon drama Keluarga Itu berkata seumur hidupnya dia tidak pernah terfikir untuk membeli baju Melayu sebanyak itu.

    Bagaimanapun, dia meluahkan rasa syukur kerana baju Melayu itu merupakan pemberian daripada jenama pakaian yang pernah bekerjasama sebelum ini.

    Raya tahun ini paling mewah.

    Pertama kali dalam hidup saya ada baju Melayu sahaja 27 pasang. Baju itu diberi kerana saya menjadi model pakaian.

    Sepanjang raya untuk kali ini, saya akan pakai baju Melayu sahaja.

    Bercerita lanjut, Rosyam berkongsi apabila tiba perayaan hari raya, dia sering membantu isterinya mengemas rumah.

    Saya banyak kemas rumah terutamanya di bahagian luar. Selalunya saya akan pasang lampu, pelita dan lain-lain.

    Kalau saya tolong bahagian dalam biasanya isteri saya akan bising sebab ada sahaja benda yang tidak kena.

    Jadi kalau di bahagian luar, itu memang kerja saya.

    Terkilan tak dapat pergi Mekah

    Dalam pada itu, Rosyam memaklumkan dia turut terkilan kerana tidak dapat menyambut 10 malam terakhir di tanah suci Mekah seperti tahun sebelum ini.

    Tahun ini ralat juga, saya biasanya 10 terakhir Ramadan saya berada di Mekah tetapi tahun ini tiada rezeki saya.

    Biasanya, saya akan balik sehari sebelum raya.

    MENARIK:  Haneesya Hanee Gigil Berlakon Babak Di Kelab Malam – ‘Habis Babak Itu, Saya Terus Pergi Ke Tandas’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah