Pelakon Hafiz Halim berkongsi pengalaman mencabar pada awal pembabitannya dalam industri lakonan apabila dimarahi oleh pelakon veteran, Wan Maimunah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Setiap Kali Habis Shoot, Saya Akan Minta Maaf Dengan Wan Maimunah’ – Izreen Azminda
Artikel Berkaitan: Lelaki Luah Hasrat Mahu Bertemu Wan Maimunah – ‘Saya Teringin Nak Jumpa Sebab Wajahnya Persis Arwah Mak’
Minta minyak cap kapak

Menerusi satu perkongsian di Threads, pemilik nama Hafiz Halim mendedahkan bahawa dia pernah meminta minyak cap kapak bagi membantu menjiwai babak menangis kerana sukar mengeluarkan air mata.
Namun, dia menerima respon tegas daripada Wan Maimunah yang menyindir tindakannya, sekali gus membuatkannya terus menangis secara spontan.
Wan Maimunah memang garang.
Masa aku mula-mula berlakon dulu, aku pernah minta minyak cap kapak sebab tak boleh menangis.
Dia terus sound aku, ‘Kenapa kau tak letak minyak diesel?’
Nak pulang ke rumah

Tambahnya lagi, tangisan tersebut bukan kerana lakonannya menjadi, sebaliknya berpunca daripada rasa takut hingga terlintas di fikirannya untuk pulang ke rumah.
Terus aku auto boleh menangis.
Tapi bukan sebab pandai berlakon, sebab nak balik cepat.
Takut sangat.
Sumber: Threads
The post ‘Pernah Kena Sound Dengan Wan Maimunah Sebab Minta Minyak Cap Kapak Untuk Menangis’ – Hafiz Halim first appeared on OHBULAN!.





