26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muaz Zabir Menolak Jadi ‘Kambing Hitam’ Isu dengan Bella Astillah, Mementingkan Keharmonian

    Shopee Sale



    Pelakon Muaz Zabir belum bersedia memberi sebarang kenyataan berhubung pendedahan dibuat pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang mendakwa pernah menjalinkan hubungan dengannya demi membuat suaminya, Aliff Aziz cemburu.

    Hormat Bella dan semua pihak

    Memetik laporan BH Online, wakil pengurusan dinaungi pelakon baharu itu, Alternate Records & Talent yang dikenali sebagai Helmie berkata, juara program Fit For Action itu masih belum bersedia memberikan komen bagi menghormati Bella dan semua pihak yang terbabit.

    Setakat ini, Muaz tiada komen. Kami memilih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan demi tidak mengeruhkan lagi keadaan.

    Terdahulu, nama Muaz tiba-tiba mencuri perhatian ramai selepas foto mesra dan tangkap layar perbualannya bersama Bella menjadi viral, baru-baru ini.

    Muaz didakwa menjadi kambing hitam’ oleh Bella bagi membuatkan Aliff cemburu selepas rumah tangga dibina berdepan masalah.

    MENARIK:  Rozita Che Wan Pesan Kaum Wanita Kena Rajin Jaga Kecantikan Diri – Tunggu Kena Tinggal Baru Nak Beria Bersiap’

    Muaz dan Bella dipercayai menjalin hubungan pada Oktober lalu. Pengakuan itu dibuat oleh Bella sendiri dalam sebuah majlis berbuka puasa, minggu lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah