31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pernah Jadi Mangsa ‘Body Shaming’, Alya Iman Fokus Turunkan Berat Badan – ‘6 Bulan Duduk Di Rumah Rehatkan Mental & Fizikal’

    Shopee Sale

    Pelakon, Alya Iman memilih untuk menghabiskan masa di rumah selama enam bulan demi memberi sepenuh fokus kepada usaha menurunkan berat badannya.

    Artikel Berkaitan: ‘Ada Tegur Saya Cakap Heroin Mana Boleh Gemuk’ – Alya Iman Berjaya Turun 15 KG Dalam Masa Lima Bulan

    Artikel Berkaitan: Alya Iman Buat Laporan Polis, Kecewa Didakwa Punca Pergolakan Rumah Tangga Zizi & Yusuf Bahrin

    Terkesan dengan kritikan

    Ketika ditemui , Alya atau nama sebenarnya, Nur Alya Iman Azmil, 24, menyifatkan tahun 2025 merupakan tempoh yang mencabar buat dirinya sehingga dia perlu mengambil masa untuk memulihkan semula kekuatan mental dan fizikalnya.

    Tahun lepas memang tahun yang agak ‘mellow’ bagi saya.

    Selama enam bulan, saya duduk di rumah sahaja untuk rehatkan mental dan fizikal, fokus untuk kembalikan berat badan yang ideal.

    Alhamdulillah, rezeki saya pada awal tahun 2025 itu tidak putus.

    Jadi, saya ada masa untuk berehat seketika dan kembali buat comeback
    pada tahun 2026.

    Tambah Alya, keputusannya untuk menyendiri di rumah adalah kerana terkesan dengan kritikan segelintir individu yang kerap memperlekehkan penampilannya.

    Saya, pelakon juga manusia, kita ada perasaan.

    Apa yang mereka katakan, seolah-olah bercakap terus di hadapan muka kita.

    Alya, awak nampak gemuk, ia memang menyakitkan hati.

    Tetapi, sebagai pelakon, saya faham yang kita memang sentiasa perlu jaga penampilan dan terlihat cantik, sempurna di hadapan layar.

    Selama enam bulan itu, mental saya agak terkesan disebabkan hanya duduk di rumah untuk kuruskan badan.

    Saya tetap pandang daripada sudut positif, apa yang saya buat ini adalah untuk kebaikkan diri sendiri dan kerjaya.

    Secara tidak langsung, ia turut memulihkan kesihatan mental saya.

    Alya berkata demikian ketika ditemui selepas selesai pelancaran Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama! di TGV Cinema Suria KLCC, pada Rabu.

    MENARIK:  ‘Allah Dah Bagi Rezeki Yang Sebegini, Jadi Diri Sendiri! Sentiasa Merendah Diri & Jangan Sombong’ – Isteri Aepul Roza

    Kurus dengan pilihan masing-masing

    Berkongsi lebih lanjut, anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha ini meluahkan rasa syukur apabila usahanya untuk menurunkan berat badan membuahkan hasil.

    Saya amalkan diet pemakanan dan latihan di gym setiap hati, saya memang target untuk turunkan berat badan lagi.

    Setakat ini, berat badan saya dah turun sebanyak 20 kilogram.

    Saya bukannya nak terlalu mengikut beauty standard industri seni.

    Pada saya, apa yang saya kecapi ketika ini adalah rezeki daripada Allah, saya tak nak orang kata kita ini boleh jadi pelakon sebab cantik sahaja.

    Saya tak cuba puaskan hati orang lain, saya hanya menjadi diri sendiri.

    Saya bukan seorang yang tergedik-gedik, rasanya semua orang tahu yang saya agak kasar.

    Saya kuruskan badan kerana mahu terus kekal berada di dalam industri seni.

    Alya turut berkongsi pandangannya mengenai sesetengah individu yang memilih kaedah pantas untuk menurunkan berat badan.

    Menurutnya, setiap orang mempunyai hak untuk membuat pilihan sendiri dan sedar akan risiko yang bakal dihadapi.

    Saya tak menilai orang lain yang mengambil supplement atau ubat kurus.

    Itu pilihan masing-masing.

    Bagi saya, kita cubalah dahulu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri.

    Saya sanggup potong gula sampai jadi hypo.

    Minggu lepas, saya sampai pitam di set penggambaran sehinggakan dihantar ke unit kecemasan.

    Bacaan gula saya pernah ditahap tiga.

    Bukan setakat ambil ubat-ubatan ini sahaja yang tak sihat, turun berat secara semula jadi juga ada kalanya boleh jadi tidak sihat jika tidak dijaga dengan betul.

    The post Pernah Jadi Mangsa ‘Body Shaming’, Alya Iman Fokus Turunkan Berat Badan – ‘6 Bulan Duduk Di Rumah Rehatkan Mental & Fizikal’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah