31.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Perkahwinan Buang Sikap Toksik, Ajar Saya Jadi Lebih Matang’ – Haqiem Rusli

    Shopee Sale

    Penyanyi, Haqiem Rusli berkongsi tentang perubahan besar dalam hidupnya selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, Anis Sofea.

    Artikel Berkaitan: Haqiem Rusli ‘Promote’ Adik Ipar – ‘Single, Nak Kenal Roger’

    Artikel Berkaitan: Haqiem Rusli ‘Serik’ Kongsi Hal Peribadi Dalam Media Sosial – ‘Saya Belajar Dari Kesilapan, Sekarang Rasa Lebih Tenang’

    Belajar jadi matang

    Ketika ditemui , pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli, 27, menyifatkan alam perkahwinan banyak mengajarnya erti kematangan. 

    Malah turut menjadikannya seorang insan yang lebih baik dan bertanggungjawab.

    Perkahwinan ajar saya erti matang. Bukanlah saya nak cakap saya terlalu matang, tapi perkahwinan membuang sikap toksik dan benda-benda negatif dalam hidup saya.

    Mungkin dulu saya ada perangai contohnya sombong ke, perangai toksik budak-budak mudalah.

    Ditanya sama ada dia pernah menyesal dengan keputusan berkahwin pada usia muda, Haqiem menafikan perkara itu.

    Saya tidak pernah menyesal sama sekali. Sebab saya percaya itu adalah takdir Allah dah beri.

    Haqiem berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.

    MENARIK:  Dari Sungai Ke Laut: Bagaimana Plastik Dikawal & Diberi ‘Second Life!

    Menyentuh soal zuriat, pelantun lagu Sangkar Derita ini tidak menafikan bahawa dirinya sedikit sebanyak terkesan apabila sering ditanya mengenai soal zuriat.

    Bagaimanapun, dia menyerahkan segalanya kepada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

    Bukan tak cuba, kita cuba tapi rezeki semua dari Allah. Saya menunggu sahaja.

    Untuk rekod, Haqiem dengan dua kali lafaz selamat bergelar suami kepada Anis pada 19 November 2021 di Cyberjaya.

    The post ‘Perkahwinan Buang Sikap Toksik, Ajar Saya Jadi Lebih Matang’ – Haqiem Rusli first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah