25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dari Sungai Ke Laut: Bagaimana Plastik Dikawal & Diberi ‘Second Life!

    Shopee Sale

    Kadang-kadang kita tak sedar… plastik yang kita buang tu ada “perjalanan” sendiri. Dari Sungai Klang, ia boleh hanyut terus ke laut dan akhirnya menjejaskan ekosistem serta kehidupan manusia dan haiwan.

    Tapi nasib baik, ada usaha untuk hentikan plastik sebelum sampai ke laut dan yang bestnya, ia bukan sekadar teori!

    Ha…sebelum kami terangkan lebih lanjut, jom tonton dulu dokumentari “Voices of the Klang” untuk lihat sendiri bagaimana Coca-Cola, The Ocean Cleanup, dan komuniti tempatan bekerjasama lindungi Sungai Klang:

    1. Fasiliti sorting baru

    Kalau dulu banyak sampah yang hanyut ke sungai berakhir begitu saja, kini setiap kutipan sampah dihantar ke fasiliti khas untuk diproses.

    Dekat sini lah semua plastik akan “disaring” dan diberi second life. Sama ada dikitar semula jadi produk baru atau digunakan semula dengan cara lain. Usaha ni bukan saja kurangkan pencemaran plastik, tapi juga sokong penyelesaian kitar semula tempatan.

    2. Voices of the Klang, ini cerita komuniti & penyelidik

    Dalam dokumentari ni, ada banyak kisah inspirasi daripada orang yang betul-betul terlibat.

    Dr Azlinda Saadon menekankan bahawa Sungai Klang masih kaya dengan kepelbagaian spesies haiwan, jadi usaha menyelamatkannya penting untuk kelangsungan alam sekitar.

    “Kita tak boleh biarkan sungai ni terus tercemar. Ia masih jadi habitat banyak spesies haiwan yang perlu kita lindungi,” jelasnya.

    Bagi Azhan Md Noor pula, aktivis ini meluahkan rasa bangga apabila plastik yang dikutip berjaya ditransformasi menjadi sesuatu bernilai semula.

    “Bayangkan, sampah yang orang buang sebenarnya boleh jadi bahan yang ada nilai. Itu yang buat saya terus bersemangat,” katanya.

    Kisah mereka ni membuktikan perubahan boleh berlaku bila semua pihak berganding bahu.

    3. The Ocean Cleanup, teknologi berskala global!

    Ramai mungkin tak tahu, The Ocean Cleanup ni sebuah NGO antarabangsa yang deploy teknologi di lebih 10 negara termasuk Malaysia, Thailand, Vietnam & Indonesia.

    MENARIK:  ‘Ujian Saya Adalah Zuriat, Belum Sampai Tahap Dapatkan Rawatan’ – Hannah Delisha

    Sehingga Julai 2025, teknologi ni dah berjaya mengutip lebih 34 juta kg sampah daripada ekosistem akuatik seluruh dunia. Bayangkan berapa banyak pencemaran plastik yang berjaya dihentikan sebelum hanyut ke laut dalam!

    4. Kempen kitar semula & penyertaan komuniti

    Selain teknologi, usaha ni juga disokong dengan kempen kesedaran. Coca-Cola Malaysia sendiri mempunyai kempen tahunan yang dikenali sebagai Kempen Recycle Me dan merupakan pengasas utama Malaysia Recycling Alliance (MAREA).

    Bukan tu je, kita semua pun boleh main peranan dengan:

    • Join aktiviti clean up kawasan sekitar atau pantai
    • Pastikan botol plastik dikitar semula
    • Kurangkan guna straw plastik
    • Simpan tote bag dalam kereta untuk elak guna plastik bila shopping

    Langkah kecil macam ni nampak simple, tapi bila ramai buat impak dia sangat besar.

    Coca-Cola Malaysia berganding bahu dengan The Ocean Cleanup untuk lindungi Sungai Klang!

    Ha.. kalau korang nak tahu, Coca-Cola Malaysia bergabung dengan The Ocean Cleanup dan komuniti tempatan untuk lindungi Sungai Klang melalui projek Interceptor™.

    Inisiatif ni bukan sekadar kutip plastik, tapi juga fokus untuk pulihkan ekosistem, lindungi biodiversiti, dan dalam masa sama sokong ekonomi kitar semula tempatan.

    Jom sama-sama hidupkan semula sungai Klang untuk generasi akan datang!

    Mulakan dari perkara paling kecil seperti kurangkan penggunaan plastik, kitar semula, dan sokong kempen Plastik Dikawal.

    Perubahan mungkin nampak kecil hari ni, tapi kesannya besar untuk masa depan. Sama-sama kita pastikan Sungai Klang bukan lagi sinonim dengan pencemaran, tapi jadi simbol kebanggaan rakyat Malaysia.

    Nak tahu lebih lanjut tentang usaha Coca-Cola bersama The Ocean Cleanup dan macam mana cara nak sertai gerakan sungai bersih bersama mereka? Boleh klik SINI.

    The post Dari Sungai Ke Laut: Bagaimana Plastik Dikawal & Diberi ‘Second Life! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah