31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mimi Lana Tegur Sikap Penonton Tak Bertanggungjawab Di Pawagam – ‘Tolong Jangan Pentingkan Diri Sendiri’

    Shopee Sale

    Pelakon, Mimi Lana tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap sikap segelintir penonton yang tidak menjaga adab ketika menonton wayang di pawagam.

    Artikel Berkaitan: Mimi Lana Pesan Wanita Harus Pandai Cari Duit, Pergi Travel & ‘Enjoy’ Kehidupan – ‘Jangan Tunggu Lelaki Yang Tepat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Tak Kahwin Lagi’ – Mimi Lana Kongsi Prinsip Syafiq Kyle, Kini Nikmati Manis Bergelar Isteri

    Wayang

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, berkata terdapat segelintir penonton yang tidak menghormati individu sekeliling sehingga mengganggu keselesaan ramai.

    Nak tanya kalian yang pergi tengok filem selepas itu berborak kuat-kuat tu, borak pasal apa ya?

    Lepas tu yang letak kaki dekat kerusi depan, kalian penat sangat dengan kehidupan?

    Kata pelakon filem Polong itu, perbuatan berkenaan bukan sahaja menjejaskan keselesaan penonton, malah mengganggu fokus mereka untuk memahami jalan cerita filem tersebut.

    Kasihan dekat orang lain yang bayar tiket nak tengok, nak faham, nak fokus and nak berseronok terus terganggu dan rugi duit yang mereka berbelanja sebab nak berseronok tu.

    Kena ada sedikit akal yang waras dan tolong jangan pentingkan diri sendiri.

    Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan Mimi.

    MENARIK:  Norman Hakim Menangis Kerana Doa Marissa Dania - 'Adik Selalu Berdoa Supaya Dosa Papa Diberikan Kepada Adik'

    Segelintir mereka turut berkongsi pengalaman mereka apabila berdepan dengan situasi seperti itu.

    Sumber: Threads

    The post Mimi Lana Tegur Sikap Penonton Tak Bertanggungjawab Di Pawagam – ‘Tolong Jangan Pentingkan Diri Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah