26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Percaya Penyakit Ain, Sweet Qismina Nasihat Pejuang TTC Lebih Berhati-Hati Berkongsi Di Media Sosial

    Shopee Sale

    Pelakon Sweet Qismina menasihati orang ramai agar lebih menjaga tutur kata apabila berbicara mengenai soal zuriat, khususnya ketika berhadapan dengan wanita yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata atau melalui fasa Trying To Conceive (TTC).

    Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Respon Dakwaan Wajah Seiras Dengan Cucu Tun Mahathir – ‘Saya Adore Dia Juga…’

    Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Bimbang Hilang Kepercayaan Orang Terhadap Lakonannya – ‘Bukan Takut Tiada Tawaran’

    TTC dikaitkan penyakit ain

    Sweet atau nama lengkap Farhanna Qismina Supandi, 29, berkata, perkara berkaitan zuriat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana setiap orang perjalanan dan ujiannya berbeza sebelum dikurniakan rezeki memiliki anak.

    Ada yang terlepas cakap, rasa benda itu remeh, tapi orang yang mengalami tidak rasa perkara itu remeh. Ada yang rasa benda itu tidak sensitif, tetapi orang yang lalui akan rasa sensitif sebab kita tidak berada di tempat mereka.

    TTC ini sangat sensitif. Saya sendiri terbuka apabila orang bertanya, tetapi mungkin ada sesetengah orang yang betul-betul mahukan zuriat dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

    Mungkin disebabkan faktor usia atau perkara lain yang kita sendiri tidak tahu. Jadi, kita perlu menghormati perasaan mereka kerana setiap orang mempunyai perasaan yang perlu kita jaga.

    Sweet ditemui pada Program Pesona Sinema sempena Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau pada Rabu.

    Bercerita lanjut, isteri kepada aktor Adam Lee itu turut berkongsi bagaimana dirinya tersentuh melihat kisah pasangan yang akhirnya dikurniakan cahaya mata selepas bertahun-tahun menjalani TTC termasuk pelawak, Achey dan isterinya.

    Cuba dan terus mencuba tetapi masih belum ada rezeki. Kita tengok ada yang sudah 10 tahun dan baru-baru ini kita dapat berita gembira mengenai Abang Achey yang akhirnya mendapat zuriat selepas 15 tahun.

    Apabila tengok video dia, saya rasa sebak. Kak Anne (isteri Achey) sampai pergi ke Makkah berdoa meminta sesuatu. Itu hanya kita dengan Allah yang tahu betapa sakitnya apabila setiap kali mencuba, tetapi belum berjaya.

    Diminta mengulas mengenai tindakan segelintir individu yang sering berkongsi perjalanan TTC dalam media sosial, Sweet berpendapat sebaiknya menjaga privasi kehidupan kerana percaya kewujudan tentang penyakit ain.

    Kadang-kadang kita tidak sedar. Contohnya saya suka berkongsi momen gembira bersama Adam atau perjalanan mencuba TTC. Apabila tidak berjaya, kita tidak tahu mungkin penyakit ain itu ada. Jadi, lebih baik kita simpan dan jaga privasi kehidupan sendiri.

    Kita tidak tahu siapa yang mendoakan perkara baik atau negatif terhadap kita. Kalau ditanya sama ada saya setuju pasangan yang sedang TTC tidak perlu bercerita kepada orang lain, sangat setuju. Walaupun keluarga sendiri, kita tidak tahu apa yang ada dalam hati mereka. Jadi, lebih baik berhati-hati.

    Untuk rekod, Sweet dan Adam yang mendirikan rumah tangga pada Oktober 2022, bagaimanapun mereka belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. Namun pasangan itu tidak pernah berhenti berusaha dan berdoa.

    MENARIK:  [VIDEO] Rossa Dedah Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami – ‘Tiada Cinta, Kami Seperti Adik & Abang’

    The post Percaya Penyakit Ain, Sweet Qismina Nasihat Pejuang TTC Lebih Berhati-Hati Berkongsi Di Media Sosial first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah