29.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pensyarah Maut Depan Rumah Ketika Banjir, Terkena Renjatan Elektrik Masa Tutup Pagar

    Shopee Sale



    Seorang lelaki yang juga merupakan pensyarah di sebuah universiti dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menutup pagar hadapan rumahnya semasa banjir di Hat Yai, Thailand.

    Maut depan rumah

    Menurut pegawai yang mewakili pihak Berkuasa Elektrik Wilayah (PEA), hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mengenal pasti terdapat wayar terdedah berhampiran pintu pagar rumah mangsa, Narum Nattharom.

    Wayar tersebut juga didapati hanya mempunyai satu lapisan perlindungan sahaja dimana ianya bertentangan dengan peraturan keselamatan. Hal ini kerana, kebiasannya wayar elektrik yang terdedah kepada udara harus mempunyai dua lapisan perlindungan, manakala yang mempunyai satu lapisan harus dimasukkan ke dalam saluran pelindung.

    Mangsa berkemungkinan maut apabila wayar yang rosak itu mengalirkan arus elektrik kepada pintu besi.

    Difahamkan, beberapa rumah lain di kawasan tersebut turut mempunyai masalah pendawaian berbahaya yang sama seperti rumah mangsa.

    MENARIK:  Raes Arifin Lancar Single Sulung ‘Jalan Cinta’, Sasar Tembusi Industri Muzik Tanah Air

    Sehubungan itu, PEA telah memutuskan bekalan elektrik di kawasan perumahan tersebut sehingga semua pendawaian yang rosak diganti.

    Pihak berkuasa juga memberi amaran kepada semua penduduk untuk mengelakkan daripada mengendalikan objek logam atau peranti elektrik dalam air bertakung bagi meminimumkan risiko terkena renjatan elektrik.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah