Pelakon Eyra Hazali mendedahkan dia berdepan dengan masalah selepas seorang pembeli produknya bertindak untuk membatalkan pesanan.
Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Berbunga-Bunga Cari Baju ‘Anniversary Date’, Mesej Romantis Haziq Bikin Netizen ‘Blushing’ – ‘Okay Nak Lipat Bumi’
Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Tak Halang Anak Jadi Artis – ‘Saya & Suami Hanya Mahu Yang Terbaik, Asalkan Mereka Minat’
Batalkan pesanan
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali, 26, memaklumkan bahawa pembeli tersebut terpaksa membatalkan pesanan kerana masalah kewangan.
Namun, menurut Eyra, pembatalan pesanan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana ia akan memberi kesan kepada akaun jualannya di platform tersebut.
Ada pembeli beli daging dendang saya dekat TikTok Shop.
Saya dah aturkan pesanan, tinggal nak hantar tapi dia chat minta batalkan sebab tak gaji lagi.
Sebab pembatalan (dalam TikTok Shop) pula semua macam salah penjual. Bagaimana ya?
Justeru, ibu kepada tiga orang anak ini menyelesaikan perkara tersebut dengan membayar sendiri produk itu dan bersedekah kepada pembeli berkenaan.
Ujian hari pertama Ramadan. Kalau saya teruskan dia akan pulangkan semula, rating jatuh.
Kalau saya batalkan pun rating akan jatuh. Jadi tak mengapa, saya bayarkan untuk dia..anggap sedekah.
Jangan buka COD

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir warganet yang mencadangkan kepada Eyra agar tidak lagi menyediakan pilihan bayaran secara Cash On Delivery (COD) untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.
Dalam masa sama, mereka turut memuji tindakan Eyra yang disifatkan murah hati dan berdoa agar dia digantikan dengan rezeki yang lebih baik.
Sumber: Threads
The post Pembeli Minta Batalkan Pesanan COD, Eyra Hazali Risau Rating Kedai Jatuh – ‘Saya Bayarkan & Anggap Sedekah’ first appeared on OHBULAN!.





