29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu Lori Tolak Kekasih Dari Tingkat 23 Wajib Diperiksa Kecerdasan Emosi di Hospital Bahagia

    Shopee Sale



    Mahkamah Majistret memerintahkan pemandu lori yang berdepan tuduhan membunuh kekasih dengan menolak mangsa warga Thailand dari tingkat 23 sebuah kondominium, menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

    Jalani pemeriksaan mental

    Menerusi laporan BH Online, Majistret, Mohamed Redza Azhar Rezali, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.

    Sebelum ini, Sivananthan berkata anak guamnya itu sukar memproses sebarang arahan yang didakwa berpunca daripada pendarahan di kepala akibat kemalangan motosikal pada 2018.

    Saya khuatir anak guam tidak berupaya untuk menghadapi perbicaraan, maka saya mohon Nathan dihantar ke hospital psikiatri. Kalau pihak hospital mendapati dia (Nathan) sihat, maka perbicaraan boleh dijalankan seperti biasa.

    Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman, tidak membantah permohonan terbabit.

    Pada 8 Mac lalu, Nathan hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan membunuh dikemuka terhadapnya di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

    Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Mawika Lumyai, di sebuah kondominium di Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, jam 10.02 malam pada 28 Februari lalu.

    MENARIK:  ‘Jika Keluarga Sendiri Dalam Kesusahan, Mereka Lebih Utama Dibantu’ – Ustaz Wadi Annuar

    Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa kepada hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

    Pada 28 Februari lalu, seorang wanita warga Thailand dilaporkan maut selepas jatuh dari tingkat 23 kondominium berkenaan.

    Menurut saksi, berlaku pergaduhan antara suspek dan mangsa sebelum wanita berkenaan ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh kondominium terbabit.

    Semakan polis mendapati suspek ada tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah, manakala ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis ganja.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah